PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI UPK BANTU KELESTARIAN USM - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI UPK BANTU KELESTARIAN USM

USM, KUBANG KERIAN, 10 Julai 2018 - “Kita adalah satu keluarga, dan kita boleh merubah institusi kita menjadi satu institusi lebih baik dan cemerlang sekiranya kita bekerja sebagai satu pasukan,” demikian kata-kata semangat dari Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Izaini Ghani @ Ab. Ghani.

dr abd rahman

Menurutnya, tugas Unit Pembangunan Korporat (UPK) adalah sebagai satu pusat untuk bersama-sama berfikir bagi menambah baik kelestarian institusi yang kita sayangi ini.

“Antara tanggungjawab yang perlu UPK galas adalah berfikir bagaimana kaedah untuk mencari sumber sebagai pelengkap pendapatan universiti dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan segala aktiviti yang dijalankan perlulah mendapat kelulusan pihak pengurusan untuk diterima pakai sebagai satu amalan yang boleh diterima serta diamalkan”, ujarnya setika memberi taklimat tentang ‘Penjanaan Pendapatan Melalui Unit Pembangunan Korporat’ dalam Sesi Pendengaran Awam yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, semalam.

Abdul Rahman berkata, antara tugas utama UPK adalah membantu penjanaan pendapatan USM kerana faedah, rahmat dan nikmatnya dapat dikongsi dan dirasai oleh semua pihak.

“UPK menguruskan Wad Korporat (2 Timur Depan) bagi membantu sebahagian dari kumpulan-kumpulan kecil penduduk yang berada di ruang tengah dimana mereka tidak mampu membayar perkhidmatan eksekutif 100% tetapi mereka memerlukan keselesaan dari segi fungsi wad atau bilik.

“Wad korporat diwujudkan bagi memberikan keselesaan (privacy) kepada pesakit di samping banyak mendatangkan faedah lain kepada masyarakat kita dan Wad Korporat tidak pernah sama sekali bersaing dengan USAINS,” jelasnya lagi. 

dr abd rahman1

Tambah Abdul Rahman, UPK turut  menubuhkan sistem ‘Medical Implant and Devices Unit’ (MIDU) bagi mempermudahkan pembelian alat implan.

“Semua pakar atau pegawai perubatan Hospital USM diingatkan agar sebarang pembelian alat implant hendaklah melalui MIDU kerana harga yang ditawarkan oleh pembekal adalah harga istimewa yang sentiasa berada di tahap rendah sekitar 20% hingga 30% dari harga biasa dan kita hanya mengenakan caj sebanyak lapan peratus (8%) bagi proses menempah alat serta menyediakan invois,” katanya. 

Jelas Abdul Rahman, UPK sentiasa mencari jalan untuk memberi kesenangan serta pilihan kepada pekerja dan pelanggan USM. 
“Sebagai contoh, kita telah wujudkan kafe yang baru sahaja beroperasi pada minggu lalu di Blok Pentadbiran Hospital USM, cafe ‘Gloria Jeans’ disamping sumber pendapatan lain seperti kaunter promosi dengan kadar bayaran yang telah diperakukan oleh universiti.

“Bagi warga staf yang berminat untuk menjalankan aktiviti penjanaan, UPK turut menyediakan borang pelan perniagaan yang boleh membantu semua pihak,” tambahnya lagi. 

Teks: Balqis Amalin Mazalan (Pelajar Praktikal UniMAP) / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 24 September 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown