USAINS PEMACU PRODUKTIVITI USM - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USAINS PEMACU PRODUKTIVITI USM

KUBANG KERIAN, 10 Julai 2018 - USAINS Tech Services Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat milik penuh Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan bertujuan untuk kemudahan suntikan dana kepada USM di samping memberikan khidmat terus dari pakar perubatan.

dr mafauzy

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed ketika menghurai persoalan pada Sesi Pendengaran Awam yang diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM menjelaskan ‘mengapa USAINS ditubuhkan dan kenapa USM tidak berniaga sendiri?’ adalah kerana USM tertakluk kepada persyaratan yang dikeluarkan oleh kerajaan serta tertakluk kepada peraturan perbendaharaan kewangan dan juga peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pengambilan kakitangan.

“Perkhidmatan kesihatan eksekutif USAINS mula beroperasi kira-kira 13 tahun lalu di mana Hospital USM dahulunya mempunyai wad berbayar dan memperolehi sedikit sebanyak pendapatan darinya.

“13 tahun lalu terdapat ramai pakar meletak jawatan dan beralih ke hospital swasta disebabkan faktor gaji yang tinggi dan pada ketika itu kerajaan telah meluluskan mana-mana pakar dari Hospital USM yang ingin menawarkan kepakarannya dibenarkan merawat pesakit-pesakit yang mampu membayar perkhidmatan mereka,” ujarnya.

a

Jelas Mafauzy, pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Eksekutif USAINS adalah dari kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan Hospital USM. Namun mereka memilih perkhidmatan eksekutif disebabkan mereka mampu untuk membayar kos rawatan yang diberikan selain faktor keselesaan dan masa.

“USAINS tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan untuk menjalankan perkhidmatan swasta secara sendiri dan hanya Hospital USM yang memiliki lesen perawatan.

“Justeru, pendapatan yang dijana oleh USAINS akan dibahagikan kepada beberapa kategori contohnya 70% dibayar kepada pakar, 27% untuk staf dan baki tiga peratus (3%) akan disumbangkan kepada tabung jabatan,” katanya lagi.

Mafauzy berkata, setiap pesakit yang mendapatkan perkhidmatan eksekutif USAINS dikenakan yuran pengurusan sebanyak 10% sahaja untuk melantik dan menggaji staf bagi menguruskan bil pesakit.

“USM menyerahkan sepenuhnya kepada USAINS untuk mengagihkan bayaran yang diterima daripada pesakit untuk dibayar kepada pakar dan pasukannya serta sedikit keuntungan untuk Hospital USM juga.

“Bagi memastikan kita dapat membantu menyumbangkan dana kepada USM, kita perlu berusaha untuk mendapatkan pesakit lebih ramai yang memilih perkhidmatan eksekutif USAINS,” jelasnya lagi.

Teks/ Foto: Balqis Amalin Mazalan (Pelajar Praktikal UniMAP) / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 15 November 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown