‘V-STAND’ INOVASI BAHARU LATIH DOKTOR PAKAR JALANI PEMBEDAHAN SALURAN PERNAFASAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

‘V-STAND’ INOVASI BAHARU LATIH DOKTOR PAKAR JALANI PEMBEDAHAN SALURAN PERNAFASAN

v

USM KUBANG KERIAN, 31 Julai 2018 – Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah sunyi dengan penghasilan projek inovasi saban tahun.  Pada tahun ini, salah satu projek inovasi yang dibangunkan adalah alat untuk memegang salur pernafasan atau ‘V-Stand’ bagi tujuan latihan pembedahan  doktor-doktor pakar dalam bidang otorinolaringologi.

Menurut Ketua Kumpulan Projek yang merupakan Pensyarah Jabatan Otorinolaringologi Surgeri Kepala dan Leher (ORL-HNS), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Madya Dr Irfan Mohamad, pembedahan saluran pernafasan merupakan prosedur yang mesti dikuasai oleh setiap lepasan ijazah sarjana kepakaran ORL-HNS. 

“Banyak kes masalah saluran pernafasan seperti stenosis (penyempitan), lumpuh pita suara, polip dan kanser larinks memerlukan kemahiran yang mantap kerana anatomi yang sempit serta perkongsian saluran dengan pakar bius dan kerana itulah sebelum diaplikasikan pada pesakit, menguasai teknik pembedahan adalah satu kemestian.

v 2

“Hal ini dapat dicapai dengan melihat kes-kes yang dirawat oleh pakar atau menjalani latihan simulasi dan praktis seperti dalam kadaver serta daripada situlah kami memikirkan keperluan untuk mencipta satu alat bagi memegang saluran pernafasan (larinks dan trakea) haiwan yang digunakan semasa latihan agar kedudukan saluran tersebut sama dengan kedudukan saluran pernafasan dalam pembedahan ke atas pesakit”, ujar beliau semasa ditemubual.

‘V-Stand’ buat pertama kalinya telah digunapakai dalam salah satu bengkel yang telah diadakan pada bulan Mei lalu.  Daripada maklum balas peserta yang diterima, ‘V-Stand’ sangat membantu dan memudahkan sesi latihan pembedahan saluran pernafasan serta secara tidak langsung menjimatkan kos peralatan yang perlu disediakan walaupun hanya sekadar untuk latihan.

v 3

Alat inovasi ini telah dihasilkan dengan kerjasama kakitangan Kampus Kesihatan pelbagai jawatan dan jabatan seperti Jabatan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan serta Hospital USM dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan VISI-ON.

Kumpulan VISI-ON bakal mempertaruhkan kekreatifan mereka menghasilkan projek inovasi tersebut dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Universiti Sains Malaysia yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Ogos 2018 di Dewan Budaya, USM Induk.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul RashidFoto: Prof. Madya Dr Irfan Mohamad

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown