HEPATITIS BERISIKO MENYEBABKAN KANSER HATI - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

HEPATITIS BERISIKO MENYEBABKAN KANSER HATI

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 Ogos 2018 – Kanser hati (Hepatoma) merupakan kanser kelima tertinggi di dunia pada masa kini  banyak berlaku dalam kalangan penghidap Hepatitis B dan C yang positif kerana hasil daripada penyakit tersebut akan merosakkan sel-sel hati  menyebabkan pertumbuhannya di luar kawalan dan ia akan bertukar menjadi sel-sel kanser.

Ketua Jabatan Radiologi yang juga Pensyarah Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata, kanser ini antara penyebab kematian yang agak tinggi di Malaysia begitu juga di Kelantan.

1drdiradio

“Seperti yang kita tahu, kebiasaannya  kanser hati dirawat melalui pembedahan dan kimoterapi tetapi dengan teknologi perubatan terkini, rawatan boleh dilakukan tanpa pembedahan besar iaitu melalui kaedah 'minimal invasive' antaranya 'Transhepatic Chemoembolizaio' (TACE), 'Radiofrequency Ablation' (RFA), 'Microwave Ablation', 'Ethanol Injection' dan sebagainya mengikut kesesuaian pesakit serta tahap kanser.

“Jika tidak dirawat dengan cepat atau kanser tersebut sudah berada di peringkat akhir (advance stage), kanser tersebut boleh merebak ke kawasan lain seperti otak, tulang dan sebagainya," katanya ketika ditemubual dalam segmen Doktor di Radio Kelantan FM.

Menurut Mohd Shafie, bagi mengesan kanser ini, pesakit perlu membuat saringan awal untuk mengenalpasti sama ada positif atau negatif penyakit hepatitis dan jika didapati positif mereka akan diberi rawatan susulan.

“Di Hospital USM, pembedahan masih lagi rawatan yang berkesan selain pemindahan hati. Namun, terdapat juga rawatan yang disediakan tanpa pembedahan iaitu rawatan secara ‘laser’ dengan bantuan 'CT Scan' ataupun 'ultrasound' untuk mematikan sel kanser dalam hati.

"Secara umumnya kanser hati tidak diwarisi dengan peratusan yang tinggi tetapi ada potensi untuk diwarisi dengan penyakit hepatitis yang boleh berjangkit melalui darah atau cecair badan dalam kalangan keluarga," jelasnya lagi.

Mohd Shafie turut menasihati orang ramai agar mencegah kanser ini dari merebak jika terdapat tanda-tanda penyakit hepatitis serta prihatin dalam menjaga kesihatan terutamanya bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.  

Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 24 September 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown