AHMAD SYAMIR MENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KSSUSM

USM, KUBANG KERIAN, 1 September 2018 - Logo rekaan Ahmad Syamir Mansor dipilih sebagai logo terbaik dan memenangi Pertandingan Mencipta Logo Persatuan Kumpulan Sokongan Susu Ibu Universiti Sains Malaysia (KSSUSM) yang diadakan sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018 peringkat USM.

kssusm

Ahmad Syamir merupakan seorang Arkitek dari Jabatan Pembangunan, Kampus Kesihatan USM meminati sebarang bentuk aktiviti melibatkan kreativiti hanya mengambil masa selama empat jam untuk menyiapkan logo tersebut dan tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang.

Ditanya mengenai pandangannya tentang Program Sokongan Penyusuan Susu Ibu, beliau berkata, program ini sangat baik dan perlu diteruskan dalam skala yang lebih besar bagi tujuan memberi sokongan dan galakan berkenaan kebaikan penyusuan susu ibu kepada masyarakat amnya.

Dengan kemenangan tersebut, Ahmad Syamir menerima sijil dan hadiah iringan yang disampaikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim.

kssusm1

Sementara itu, Wad Berlian Hospital USM pula muncul sebagai pemenang utama dalam Pertandingan Mencipta Sepanduk Penyusuan Susu Ibu antara wad-wad zon penyusuan dan menerima hadiah berupa hamper serta sijil penyertaan.

KSSUSM telah wujud sejak tahun 1998 setelah Hospital USM mula diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi dan pada tahun ini melalui sekretariat laktasi, persatuan KSSUSM telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya'acob & Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Contact Us

Media and Public Relations Centre 
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone. : +609-7673000
Fax : +609-7671060

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update:14 January 2019.

© 2018 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All rights reserved.