AMALAN YANG BETUL DAPAT KURANGKAN PENOLAKAN SAMPLE DAN KURANGKAN PEMBAZIRAN - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

AMALAN YANG BETUL DAPAT KURANGKAN PENOLAKAN SAMPLE DAN KURANGKAN PEMBAZIRAN

59446228 9da2 4a64 8036 7dda0ea75722

USM KUBANG KERIAN, 24 September 2018 – ‘Hari Bersama Pelanggan Berasaskan Makmal Perubatan’ yang bermula pada tahun 2009  diadakan secara berkala dua tahun sekali memandangkan kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terutamanya doktor - doktor pelatih, pegawai perubatan dan jururawat sentiasa silih berganti.

Daripada kajian yang dilakukan, penolakan sampel untuk makmal - makmal tertentu masih agak tinggi, penerangan secara berterusan perlu diadakan untuk memastikan kefahaman staf terhadap prosedur - prosedur makmal sentiasa berada pada tahap yang optima.
Menurut Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset Hospital USM, Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, program ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap keputusan ujian makmal yang dikeluarkan adalah tepat dan rawatan yang sewajarnya dapat dilakukan kepada pesakit.

b301c87b df9a 4d2f 92b5 ae2156ccb4d6

“Diharap program ini dapat memberi  pemahaman kepada semua staf, seterusnya mengurangkan pembaziran kos dan guna tenaga akibat penolakan permintaan ujian tersebut.

“Makmal - makmal diagnostik perubatan Hospital USM setakat ini telah menjalankan inisiatif yang amat baik bagi mengurangkan penolakan sampel serta memberi perkhidmatan kesihatan yang berkesan kepada pesakit – pesakit di wad dan klinik”, katanya yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan semasa merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Makmal- Makmal Perubatan Hospital USM 2018, hari ini. 

b08dfc0b fdbd 4abc a51c c35424c2ef23

Hisamuddin berkata, program seumpamanya ini turut diadakan bagi meningkatkan kefahaman staf dalaman dan luaran terhadap prosedur pengambilan dan pengendalian sampel yang menepati piawaian MS ISO 15189.

“Kini, terdapat 11 makmal diagnostik perubatan di Hospital USM yang beroperasi dengan sistem kualiti yang amat baik, dan mendapat pengiktirafan MS ISO 15189 oleh itu semua staf diharap dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari program hari ini melalui  pameran, tayangan multimedia serta taklimat perkhidmatan untuk diamalkan di tempat kerja masing – masing.

“Melalui amalan yang betul, masalah penolakan sampel dapat diatasi dan ini bertepatan dengan tema program iaitu ‘Right Practice, Zero Rejection’,” ujarnya lagi.

Teks: Abdul Aziz Latif / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown