PESARA KERAJAAN PERLU BUAT PERMOHONAN TERUS DENGAN HOSPITAL UNTUK DAPATKAN RAWATAN IMPLAN DAN SPESIFIK UBAT - Kampus Kesihatan

HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PESARA KERAJAAN PERLU BUAT PERMOHONAN TERUS DENGAN HOSPITAL UNTUK DAPATKAN RAWATAN IMPLAN DAN SPESIFIK UBAT

USM KUBANG KERIAN, 26 September 2018 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan pesara kerajaan walaupun staf tersebut terdiri daripada pesara persekutuan atau pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kekeliruan.

1pesara1

Timbalan Pengarah Operasi, Hospital USM, Profesor Dr Wan Faisham Nu’man Wan Ismail berkata, mulai bulan Julai 2017, pesara persekutuan dan pesara ATM yang ingin mendapatkan rawatan implan dan spesifik ubat perlu memohon secara terus dengan hospital yang telah diberi mandat oleh kerajaan.

"Permohonan tersebut hendaklah dibuat dengan hospital yang akan melakukan pembedahan ke atas pesara berkenaan sebelum sesuatu pembedahan dijalankan kerana kaedah yang diamalkan sebelum ini mengambil masa yang terlalu lama.

“Bermula pada tahun lalu, isteri atau suami pesara, ibu bapa pesara, anak di bawah umur 18 tahun dan anak yang berumur 21 tahun bagi yang masih belajar di universiti adalah layak mendapat rawatan secara percuma", ujarnya ketika menyampaikan taklimat dalam Sesi Pendengaran  Awam yang diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, di sini semalam.

Menurut Wan Faisham, bagi mengelak sebarang masalah, staf di wad dan klinik perlu mengetahui kelayakan seseorang pesara.

1pesara2

"Semua pesara ATM dan polis adalah layak secara automatik. Namun, bagi pesara ATM terdapat dua kategori iaitu pegawai atasan perlu berkhidmat selama 25 tahun dan pegawai bawahan perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun.

“Antara yang ditanggung oleh kerajaan adalah ubat-ubat bukan ‘standard’ iaitu yang ditentukan oleh pakar contohnya ‘Synvisc Injection’ yang boleh dimohon sebagai rawatan percuma", jelasnya lagi.

Tambah Wan Faisham, antara rawatan bukan 'standard' adalah rawatan untuk pesakit Leukimia, ubat untuk meningkatkan 'platelet level' yang mencecah antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi kos keseluruhan setiap rawatan.

"Selain itu, antara peralatan bukan 'standard' yang ditanggung oleh kerajaan pula adalah seperti ‘Heart Stamping’, ‘Chemoport’, implan dan kerusi roda.

"Pesara yang ingin membuat permohonan ini diingatkan supaya memastikan permohonan mereka lengkap dengan menyertakan salinan kad pengenalan, kad pesara, borang permohonan kemudahan perubatan dari Hospital USM dan tiga sebutharga", katanya.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 16 October 2018.

 

© 2017 Media and Public Relations Centre. Universiti Sains Malaysia, Health Campus. All Rights Reserved. Designed By PPKT, Health Campus

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown