EAST COAST ONCOLOGY UPDATE PLATFORM PERBINCANGAN KEPAKARAN PERUBATAN KANSER - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

EAST COAST ONCOLOGY UPDATE PLATFORM PERBINCANGAN KEPAKARAN PERUBATAN KANSER

EAST COAST ONCOLOGY 3

KOTA BHARU, KELANTAN, 3 Oktober 2018 – “Bidang Onkologi dan Radioterapi memainkan peranan penting dalam isu yang melibatkan sinaran untuk pengimejan kanser dan terapi radiasi. Melalui usaha bersepadu dan penglibatan semua pihak. ia berupaya membantu meningkatkan kadar survival pesakit dan pada masa yang sama boleh menurunkan kadar pesakit kanser,” demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim.

EAST COAST ONCOLOGY 1

Menurut Sukari, berdasarkan Laporan Kanser Sedunia, 14 juta kes baharu dan 8.2 juta kematian berkaitan kanser di seluruh dunia telah dicatatkan sehingga kini.

“Statistik kanser yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan secara umumnya di Malaysia, terdapat lima jenis kanser yang utama iaitu kanser payudara, paru-paru, usus, serviks dan nasofarinks manakala individu yang berusia 40 tahun ke atas dikaitkan berisiko tinggi untuk mendapat kanser.

EAST COAST ONCOLOGY 2

“Pada tahun 2016, daripada 100,000 orang seramai 18,259 orang dilaporkan menghidap kanser. Walau bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan bahawa daripada 100,000 orang seramai 20,000 menghidap kanser.,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Seminar Perubatan Onkologi kali ketiga anjuran Jabatan Perubatan Onkologi dan Radioterapi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), di sini.

Sukari berkata, kajian menunjukkan bahawa merokok, penyakit berjangkit, pencemaran alam sekitar, pemakanan, sejarah keluarga dan perubahan genetik merupakan antara faktor penyebab kanser.

EAST COAST ONCOLOGY 5

“Selain itu, peningkatan dalam populasi dan jangka hayat yang lebih panjang juga menyumbang kepada peningkatan pesakit kanser.

“Saya berharap agar seminar ini menjadi platform kepada Pakar Onkologi, Pakar Pembedahan, Pakar Patologi dan Pakar Radiologi untuk berkongsi maklumat terkini serta penemuan baharu bagi membantu dalam merawat pesakit kanser dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup manusia sejagat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perubatan Onkologi dan Radioterapi, PPSP USM, Dr. Ahmad Lutfi Mohd Yusoff berkata, persidangan ini bertujuan untuk memperkenalkan Hospital USM  sebagai pusat rujukan kanser yang mempunyai kepakaran dan kemudahan peralatan terkini.

EAST COAST ONCOLOGY 4

“Saya juga berharap agar jaringan kerjasama dalam bentuk penyelidikan, penerbitan dan pengajaran dalam bidang Onkologi akan dapat diperluaskan dengan kehadiran delegasi daripada institusi ternama dari dalam dan luar Negara,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin, Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr. Maniza Saat serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Mohd Asrar Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 December 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown