394 KAKITANGAN USM KAMPUS KESIHATAN TERIMA APC

apc1

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 April 2017 – Seramai 394 orang staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) berdasarkan prestasi kerja cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun 2016 dan 104 orang staf menerima Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) sebagai menghargai jasa mereka yang telah bersara dari perkhidmatan.

Majlis Penghargaan Perkhidmatan ini berlangsung di Dewan Utama pagi tadi dan dihadiri Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail.

apc4

Menurut Asma, warga staf USM yang sedang berkhidmat diseru untuk lebih bersedia mendepani alaf baharu dan sentiasa berusaha melakukan perubahan yang lebih baik selaras dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah supaya kekal relevan.

Selain itu, warga kampus juga diminta supaya mengukuhkan silaturahim melalui kolaborasi yang baik antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) memandangkan Kampus Kesihatan mempunyai staf yang paling ramai dan aset yang besar bagi USM.

apc2

Asma turut menekankan aspek menjaga etika dan integriti semasa bekerja kepada semua warga USM.

"Pegawai perlu melaksanakan penilaian yang adil supaya penerima APC adalah mereka yang betul-betul layak dan bagi yang belum menerima APC perlu diberi teguran untuk penambahbaikan bagi masa akan datang.

"PTJ pula perlu lebih beretika dalam memastikan wujudnya penghasilan penerbitan dalam kalangan staf yang memiliki ijazah tinggi supaya memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan," katanya.

apc3

Tambah Asma, staf yang juga 'the walking dictionary' dapat berkongsi ilmu dengan staf yang lain.

"Golongan 'subject matter expert' ini wujud dalam semua kumpulan samada pelaksana ataupun pengurusan tertinggi dan mereka perlu memainkan peranan dalam berkongsi dan menurunkan ilmu atau kepakaran yang ada agar dapat dimanfaatkan oleh staf lain," ujarnya lagi.

Kesemua penerima APC pada tahun ini membawa pulang sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan; Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim; Pendaftar USM, Profesor Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin; Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dato Dr Ahmad Haij Zakaria, dekan-dekan dan pegawai-pegawai universiti.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.