NAIB CANSELOR SERU WARGA USM JADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH

KOTA BHARU, KELANTAN, 26 Julai 2019 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyeru semua warga kampus USM untuk menerapkan budaya bekerja sebagai satu ibadah umum yang mana ia tidak seperti solat, puasa, zakat dan haji di mana tuntutannya adalah tertakluk kepada waktu dan kaedah yang khusus.

Menurut Asma, sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syariah Islam dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah adalah ibadah biarpun pekerjaan tersebut adalah sekecil-kecil tindakan.

"Ibadah umum ini memberikan ruang yang luas kepada kita untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan ini merupakan satu sumber motivasi agar kita yang bekerja terus bekerja dan melakukannya dengan nilai tambah yang tinggi," ujarnya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018, di Hotel Grand Renai, di sini.

Asma berkata, mutu sesuatu pekerjaan bukan hanya berada pada kualiti pekerjaan itu semata-mata tetapi ia juga bergantung kepada manfaat yang dapat diberikan kepada orang ramai.

"Marilah sama-sama kita sematkan dalam hati masing-masing untuk terus menaburkan khidmat dengan ikhlas kepada USM yang dicintai ini demi kelestarian pendidikan tinggi anak bangsa di masa hadapan.

"Jangan jadi pekerja yang suka kipas 'boss' untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan, sebaliknya tekadkan dalam diri kita untuk menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjangwab dengan seikhlas hati", jelasnya lagi.

Tambah Asma, dengan penglibatan kerjasama dan komitmen oleh seluruh warga USM, maka hasrat untuk membawa USM ke persada dunia dan dunia ke USM akan menjadi suatu kenyataan.

"Didalam meniti usia USM yang menjangkau 50 tahun penubuhannya, warga USM seharusnya mempunyai semangat berkerja yang penuh komited dalam memastikan USM sentiasa relevan di dalam arus pendidikan negara", katanya.

Pada majlis APC kali ini, seramai seramai 432 warga staf cemerlang dari seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan telah dipilih sebagai penerima APC 2018 dan daripada jumlah tersebut, 47 staf adalah dalam kalangan staf akademik, 41 staf pengurusan dan profesional serta 344 staf pelaksana.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah, Pendaftar USM, Dr. Musa Ali, Bendahari USM, Dr. Rohayati Isa, Ketua Pustakawan,  Rugayah Ali dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks / Foto : Mohamad Iqmal Mathlan

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.