JURURAWAT HOSPITAL USM PERKENAL MODUL BUDAYA KORPORAT DALAM BEKERJA

USM KUBANG KERIAN, 30 Julai 2019 - Budaya korporat dalam bekerja adalah satu kemestian kepada setiap kakitangan sesebuah organisasi apatah lagi mereka yang bekerja di barisan hadapan dan berhubung secara terus dengan pelanggan.

Dalam membentuk dan membudayakan cara kerja tersebut, Unit Kejururawatan dan Unit Pembangunan Korporat, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), bekerjasama menganjurkan Program Motivasi Jom Hebat Bersama Ustaz Ebit Lew yang mengupas topik 'Budaya Korporat Membawa Berkat'.

Pengerusi Program yang juga Penyelia Jururawat, Datin Mazidah Saat berkata, program ini adalah kesinambungan daripada beberapa siri program Penerapan Budaya Korporat Dalam Organisasi yang telah dilaksanakan oleh Unit Kejururawatan sejak Januari lalu.

"Unit Kejururawatan Hospital USM telah menghasilkan modul yang mencakupi lima aspek iaitu Cara Menjawab Panggilan Telefon, Asas Pelakuan Budaya Korporat, Perkhidmatan Kaunter, Imej Diri dan Staf Pilihan Pelanggan yang mana topik-topik tersebut telah diterapkan kepada semua Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital USM menerusi beberapa siri ceramah serta latihan yang diadakan sebelum ini.

"Bagi topik staf pilihan pelanggan, kerjasama amat memberangsangkan diperolehi daripada pesakit yang membuat pilihan mereka melalui borang soal-selidik yang diedarkan sebelum mereka discaj dari wad", ujarnya.

Menurut Mazidah lagi, program penerapan budaya korporat yang dibangunkan ini diharap dapat membantu meningkatkan prestasi kerja dan yang lebih penting, setiap orang perlu mengamalkannya dengan ikhlas dari hati mereka dan bukan kerana tuntutan organisasi semata-mata.

Sementara itu, Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejujurawatan Hospital USM, Raudzah Mohamed Ariffin berkata, budaya korporat perlu dibentuk sejak kecil dan ianya bermula dari rumah.

"Sebagai seorang jururawat mahupun PPK, konsep '10S' yang digarap oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti salam, senyum, segerakan apa yang pesakit perlukan dan sentuh pesakit secara terapeutik telah kita amalkan namun implementasinya masih lagi lemah.

"Apa yang telah dilaksanakan, diamalkan sebelum ini perlu diperkemaskan lagi dan disebabkan itulah, kita menjemput Ustaz Ebit Lew berkongsi ilmu motivasi dan kerohanian untuk diadun bagi menghasilkan impak yang lebih baik.

Tambah Raudzah, sejak memperkenalkan modul nilai-nilai korporat ini, kita mula menerima maklum balas positif daripada pelanggan dan momentum sebegitulah yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan lagi.

"Saya tidak meletakkan KPI yang terlalu tinggi, namun saya mengharapkan usaha ini mendapat kerjasama dari semua pihak agar penampilan dan budaya kerja jururawat serta PPK membantu meningkatkan prestasi Hospital USM", katanya mengakhiri sesi temubual di majlis perasmian seminar tersebut.

Seminar separuh hari yang dihadiri seramai 250 orang peserta dari pelbagai latar belakang jawatan itu telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus merangkap Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid /Foto: Unit Fotografi UKAST

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.