USM TUAN RUMAH INTERVARSITY NURSING GAMES PERINGKAT KEBANGSAAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Ogos 2019 - Universiti Sains Malaysia (USM) diberi kepercayaan menjadi penganjur kepada “Intervarsity Nursing Games” (ING) 2019 bagi edisi ketiga yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Kompleks Sukan II, Kampus Kesihatan.

ing2 2

ING yang dianjurkan bersama oleh Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM dan Jemaah Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjaya menghimpunkan seramai 295 orang pelajar dan kakitangan dalam bidang kejururawatan daripada lapan Universiti Awam iaitu, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan USM.

Menurut Pengarah Projek ING, Jayah K. Pubalan, ING merupakan program yang mampu memberikan impak yang positif kerana berjaya menghimpunkan pelajar dan kakitangan kejururawatan seluruh negara dalam aktiviti kesukanan.

ing2 1

"Peserta mampu membina jaringan perhubungan yang lebih luas di kalangan pelajar dan pendidik kejururawatan IPTA di samping memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kejohanan sukan.

"Selain dapat melahirkan siswazah yang mengamalkan gaya hidup sihat, ING dilihat mampu membentuk siswazah kejururawatan yang mempunyai semangat juang dan berdaya saing bukan sahaja dalam aspek pelajaran malah dalam bidang sukan," katanya.

ing4 2

Antara acara yang dipertandingkan seperti catur, ping pong, badminton, bola jaring, bola tampar, frisbee dan futsal. Kemeriahan ING ditambah lagi dengan penganjuran Fun Run yang melibatkan hampir 300 orang awam.

Hadir merasmikan program ING, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

ing4 1

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, dan Libat sama Industri-Komuniti PPSK, Profesor Madya Dr. Hairul Anuar Hashim, Timbalan Dekan Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Rafeah Suppian, Pengerusi Program Kejururawatan, Dr Azlina Yusuf dan Ketua Penyelia Jururawat Hospital USM, Raudzah Mohd Ariffin.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Muhammad Sham Mustapha

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.