USM-PERKESO SEDIAKAN SUT ROBOTIK HAL UNTUK REHABILITASI

perkeso11

PULAU PINANG, 30 Ogos 2019 - Universiti Sains Malaysia (USM) bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam menyediakan sut robotik yang berteknologi tinggi dari Jepun iaitu 'Hybrid Assisted Limb' (HAL) kepada para pencarum PERKESO dan juga orang awam di Hospital USM, Kubang Kerian tidak lama lagi.

"Kami teruja dengan pemilihan Hospital USM sebagai hub pengembangan program rehabilitasi perubatan berteknologi tinggi sut robotik HAL yang menggabungkan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan perubatan rehab yang telah terbukti berkesan di Jepun,” kata Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail di majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman antara USM dan PERKESO.

perkeso12

“Saya juga berharap agar kerjasama yang dimeterai pada hari ini akan berkembang dan diperluaskan ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM di Pulau Pinang bagi manfaat kepada masyarakat di utara dalam usaha mengembangkan program rehabilitasi perubatan berteknologi tinggi 'Cybernic Treatment',” tambah Asma.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Dato' Sri Dr. Muhammad Azman Dato' Aziz Muhammed berkata, USM merupakan Universiti Pertama yang dipilih menjadi rakan kolaborasi dalam memanfaatkan teknologi 'Cybernics HAL'.

“Cybernics HAL merupakan sejenis pakaian robotik ala 'cyborg' ciptaan Syarikat Cyberdyne Inc. Tsukuba, Jepun yang menggabungkan teknologi kepintaran buatan dengan kejuruteraan mekanikal untuk tujuan rehabilitasi pesakit,” kata Muhammad Azman.

perkeso13

"Kami akan menempatkan sebanyak enam unit robot HAL di unit rehabilitasi Hospital USM dan akan melatih sepasukan pakar rehabilitasi Hospital USM mengendalikan peralatan tersebut,” ujar beliau dalam siding media yang diadakan selepas majlis tersebut.

Persefahaman ini juga bakal membuka peluang menjadikan Hospital USM sebagai hospital panel kepada pencarum PERKESO mendapatkan rawatan dan dalam masa yang sama teknologi Cybernics ini juga boleh dimanfaatkan oleh pesakit yang bukan pencarum.

perkeso15

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rehabilitasi PERKESO, Dr Hafez Hussain, Pengerusi Kluster OKU Kampus Kesihatan, Profesor Dr Shaharum Shamsuddin, Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Hj. Othman Mohd Nordin serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.