KOMUNITI MUKIM KUTAN JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

WAKAF BHARU, TUMPAT, 5 Oktober 2019 - Komuniti Mukim Kutan hari ini dapat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang diberikan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Program USM Bersama Komuniti Mukim Kutan Cakna 2S (Sihat Solat).

Program yang separuh hari itu menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah, indeks jisim tubuh, saringan kanser payu dara, pemeriksaan mata dan pemeriksaan gigi.

kutan9

Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein berkata, penganjuran program khidmat masyarakat seperti ini sesuai dengan agenda Kementerian Pendidikan iaitu universiti untuk masyarakat.

"Warga universiti dengan keupayaan kepakaran akademik mereka, turun padang membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan negara khususnya dengan memberikan perkhidmatan kepada golongan sasar yang memerlukan dan impaknya amat baik", katanya ketika merasmikan program berkenaan di Masjid Kutan, di sini.

kutan1

kutan2

Selain itu pelbagai aktiviti turut diadakan seperti ceramah kesihatan, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

Sementara itu, menurut Pengerusi Program, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud, program ini bertujuan untuk meningkatkan jaringan universiti dengan komuniti melalui pemindahan pengetahuan kesihatan dan kerohanian.

"Maksud cakna sihat ialah untuk melahirkan komuniti yang cakna terhadap kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis di samping membanteras penyakit sosial seperti merokok, dadah dan jenayah.

"Maksud cakna solat  pula ialah untuk melahirkan komuniti yang cukup solat lima waktu kerana solat merupakan asas kepada kejayaan individu, keluarga, komuniti, selain menjadi benteng kepada pelbagai masalah dalam kehidupan," ujarnya.

kutan3

kutan4

kutan5

Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dan Program Pemakanan dan Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dengan kerjasama Masjid Mukim Kutan, Sekolah Kebangsaan Kutan, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, daerah Tumpat dan Jabatan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan kelantan.

kutan6

kutan8

Hampir 700 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar sekolah dan ibubapa hadir memeriahkan program tersebut.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.