PENGURUSAN RAWATAN BAGI KESAKITAN KRONIK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Oktober 2019 - Kesakitan kronik ialah kesakitan yang berterusan atau berulang-ulang melebihi tempoh sembuh sesuatu penyakit atau kecederaan. Selalunya, kesakitan kronik berkait rapat dengan kesan psikososial yang kompleks di mana pesakit akan berada dalam kerisauan, tertekan, cepat marah, kemurungan dan terasa hidup tidak bermakna.

shamsul kamalruljan1

Pakar Perunding Anestesiologi dan Rawatan Kritikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shamsul Kamalrujan Hassan berkata, kesakitan kronik adalah terdiri daripada kesakitan kanser, keradangan sendi-sendi, sakit saraf yang berpunca daripada penyakit atau kecederaan, sindrom kesakitan otot dan fasia, sakit pada tulang belakang dan struktur sekitarnya.

“Kunci utama dalam rawatan kesakitan kronik ialah mendapat diagnosis yang betul sebelum merujuk kepada pakar yang berkaitan supaya pesakit mendapat rawatan yang berkesan.

shamsul kamalruljan2

“Rawatan kesakitan kronik terdiri daripada kombinasi ubat-ubatan, rawatan fisioterapi dan cara kerja, rawatan psikologi dan rawatan intervensi yang memainkan peranan penting jika rawatan menggunakan ubatan, fisioterapi dan psikologi tidak berkesan kerana rawatan intervensi dapat mengurangkan kesakitan, mengurangkan penggunaan ubat analgesik dan memulihkan fungsi dan produktiviti pesakit,” jelasnya semasa menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, di sini hari ini.

Menurut Shamsul, kesakitan kronik boleh menyebabkan kesan psiko-sosial yang kompleks dan keadaan ini perlu dirujuk kepada pakar psikologi serta memerlukan rawatan melalui terapi kognitif dan tingkah laku untuk merangsang pesakit mengawal minda dan sentiasa berfikiran positif terhadap kesakitan yang dialami.

shamsul kamalruljan4

“Di antara jenis kesakitan yang sering dirujuk  ke klinik rawatan kesakitan (pain clinic) adalah  sakit belakang yang kronik, sakit saraf, sakit muskuloskeletal, pening kepala kronik dan kesakitan kanser. Hampir 10% daripada orang dewasa mengalami sakit belakang yang kronik dan antara puncanya ialah kerosakan pada cakera sendi tulang, kecederaan pada sendi tulang dan struktur tulang belakang yang tidak normal.

“Selain ubat-ubatan dan rawatan fisioterapi, rawatan intervensi juga kerap digunakan dalam rawatan kesakitan belakang seperti suntikan steroid dan anestetik local pada rongga epidural, sendi facet, pangkal saraf dan cakera tulang belakang. Kebanyakan suntikan dilakukan berserta dengan rawatan radiofrekuensi, memandangkan rawatan tersebut akan lebih efektif dan berpanjangan,” ujarnya lagi.

shamsul kamalruljan6

Tambah Shamsul, kesakitan kronik perlu dirawat dan dikawal supaya tidak membawa kepada kesan psikososial yang kompleks dan kaedah rawatan adalah berbeza-beza mengikut jenis sakit dan kesakitan yang dialami kerana rawatan yang berkesan boleh mengembalikan pesakit kepada hidup yang lebih normal.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Unit Fotografi UKAST

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.