SARINGAN AWAL BERI PELUANG HIDUP LEBIH CERAH

USM KUBANG KERIAN, 19 Oktober 2019 - Suatu masa dahulu, mempunyai anak istimewa yang dikategorikan sebagai anak berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi malahan kadangkala ia memberi tekanan kepada keluarga.

Namun kini, masyarakat semakin terbuka dan tidak lagi menyisihkan anak-anak istimewa dari pandangan umum. Malahan ada di antara mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading serta menjadi seorang individu yang disegani.

saringan awl

Universiti Sains Malaysia (USM) sememangnya sentiasa cakna akan golongan istimewa dengan pelbagai latihan dan khidmat komuniti dilaksanakan. Hari ini, dengan kerjasama Showme Kidz Eduwarv, satu program saringan 'Friends With Special Needs: Open Clinic 2019' telah diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan.

Menurut Pengarah Program yang juga Pakar Psikiatri Kanak-kanak, Dr Norzila Zakaria, saringan pada awal usia kanak-kanak amat penting bagi memastikan mereka mendapat rawatan serta latihan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

saringan awl2

"Klinik Terbuka 2019 adalah program di mana ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan boleh melakukan ujian saringan jika anak mereka mempunyai masalah lewat perkembangan fizikal dan intelek dengan lebih cepat berbanding melalui proses biasa yang mengambil masa agak lama.

"Program ini merupakan jalan pintas kerana sekiranya mereka mengalami masalah seperti disleksia, autisma, hiperaktif atau masalah tingkahlaku dan emosi yang lain serta memenuhi kriteria mereka akan terus didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melayakkan mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya dalam sistem Pendidikan Malaysia," ujarnya.

saringan awl1

Menurut Norzila, program ini mendapat sokongan penuh dari unit-unit berkaitan seperti Pergigian, Dietetik, Patologi Pertuturan dan Bahasa, Pemulihan Carakerja, Psikologi Klinikal.

"Sepanjang program berlangsung, peserta juga boleh mendapatkan informasi melalui pameran yang disediakan oleh JKM, Pusat Perkembangan Autisme Kelantan dan badan NGO Wanita Ikram Malaysia Against Pornography and Child Sexual Abuse," tambahnya lagi.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.