100 PESERTA SERTAI KAYUHAN AMAL MASJID 3S

kayuhan

USM, KUBANG KERIAN, 9 APRIL 2017 – Seramai seratus orang peserta telah menyertai Kayuhan Amal Masjid 3S yang telah diadakan di Masjid Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan disini semalam,

 

Kayuhan yang bertemakan ‘Subuh, Sihat  dan Semangat (3S)’ ini bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan di sekitar daerah Kota Bharu.

 

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat ukhwah diantara staf, pelajar dan ahli kariah masjid.

kayuhan 3

“Disamping itu, berbasikal juga amat baik untuk kesihatan jantung kerana ketika berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat. 

 

“Peningkatan ini akan membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik dan keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50 peratus,” katanya.

 kayuhan 2

Program Kayuhan Amal Masjid 3S yang berlangsung dengan meriah dan jayanya ini adalah anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Kelab Basikal USM dan Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM.

 

Program ini bermula seawal jam enam pagi dengan peserta bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM, kuliah Subuh dan pelepasan peserta dengan jarak kayuhan sejauh 27 kilometer pada jam lapan pagi.

 

Teks/Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.