SEMBUHKAN DUNIA: PILIHAN HIDUP TANPA TALASEMIA

USM, KUBANG KERIAN, 20 Oktober 2019 – Forum kesedaran saringan penyakit talasemia bertajuk ‘Heal The World: Life With or Without Thalassemia’ atau Sembuhkan Dunia: Pilihan Hidup Tanpa Talasemia dilihat dapat memberi pendedahan awal kepada masyarakat daripada segenap lapisan umur terutama pelajar sekolah menengah.

Menurut Ketua Projek Variom Manusia Nod Malaysia (MyHVP) yang juga Pakar Perunding Kanan Pediatrik dan Ginetik Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zilfalil Alwi, forum kesedaran saringan talasemia yang diadakan pada tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya kerana pada kali ini pelajar-pelajar seawal sekolah rendah mula didedahkan dengan kesedaran penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti talasemia.

“Untuk meningkatkan minat terhadap pendidikan perubatan, forum ini juga mengetengahkan penggunaan teknologi terkini iaitu Kahoot (aplikasi gamifikasi) berbentuk soalan kuiz interaktif yang menarik minat pelajar sambil menjawab soalan melalui telefon pintar dan seterusnya memenangi hadiah yang disediakan.

hpv

“Ini sekaligus menjadikan forum pendidikan kesedaran penyakit ini lebih sesuai dalam menarik minat golongan muda dan memastikan mereka terus fokus untuk mendengar penerangan daripada ahli panel,” ujarnya selepas merasmikan forum itu baru-baru ini.

Zilfalil berkata, forum ini juga merupakan satu aktiviti projek variom manusia iaitu inisiatif global yang berperanan sebagai mekanisme mengumpul dan menyusun data-data genomik, variasi penyakit daripada segi klinikal dan individu dalam semua kumpulan etnik di seluruh dunia untuk dikongsikan bersama.

“MyHVP diberi kepercayaan dan tanggungjawab besar oleh HVP International yang berpusat di Newcastle, United Kingdom untuk menyelaras dan mengetuai penubuhan HVP SEA. Selain itu, projek yang turut disokong oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ini dapat menghubungkan maklumat dari seluruh dunia berkaitan variasi genetik dan evolusinya,” jelasnya lagi.  

hpv2

Zilfalil turut berharap agar forum berkenaan dapat membantu meningkatkan kesedaran saringan awal penyakit talasemia dan membantu Malaysia menjadi negara bebas talasemia suatu hari nanti seperti mana negara jiran terdekat iaitu Singapura.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Dr. Nik Norliza Nik Hassan

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.