SIMULASI PENGURUSAN BENCANA BESAR PERSIAP PELAJAR BANTU MASYARAKAT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Oktober 2019 – “Code Red (Disaster Management)” satu program atau lebih kepada persediaan kepada pelajar perubatan bagi menghadapi bencana besar yang berlaku sama ada bencana alam atau kemalangan yang terjadi tanpa diduga.

1bencana

Program anjuran Persatuan Pelajar Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (MEDSOC) dengan kolaborasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Asian Medical Students Association USM (AMSA), Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital USM turut menerima penyertaan daripada Universiti Mahidol, Thailand, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), International Malaysian University (IMU) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tuan rumah melibatkan seramai 184 orang pelajar.

Pengerusi Program, Sharvina Ramesh Rao berkata, ini adalah program kedua MEDSOC dan yang pertama berlangsung di Kampus Kesihatan USM melibatkan pelajar perubatan dalam dan luar negara.

1bencana3

“Program dua hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu pada sesi pengenalan program pada hari pertama dan pada hari kedua pula, para peserta membuat simulasi di lapangan kerana program ini lebih tertumpu kepada pembelajaran di luar kelas.

“Para peserta juga didedahkan kepada cara pengurusan serta merawat mangsa bencana jika berlaku sebarang bencana seperti banjir, kemalangan jalanraya atau bencana besar dan turut dibantu oleh Pegawai Perubatan Kecemasan semasa simulasi berlangsung,” katanya.

Tambah Sharvina, para peserta juga akan menghadapi ujian bertulis tentang apa yang mereka pelajari sebelum melakukan simulasi.

1bencana2

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah. Turut hadir dalam program berkenaan ialah Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dan Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pelajar PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam. 

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

 

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.