YAYASAN UEM SUMBANG RM180,000 KEPADA HOSPITAL USM UNTUK BANTU GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Oktober 2019 – Yayasan UEM melalui tiga anak syarikatnya UEM Group Berhad, UEM Sunrise Berhad dan UEM Builders Berhad hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM180,000 kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumbangan ini juga bertujuan membantu pesakit asnaf yang mendapatkan rawatan di Hospital USM dengan kadar segera melalui Unit Kebajikan Perubatan.

YAYASAN UEM2

Pengarah Urusan UEM Group Berhad yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani dalam ucapannya berkata, dua aspek utama yang diberi penekanan oleh Yayasan UEM adalah pendidikan dan bantuan kemasyarakatan.

“Sumbangan ini merupakan satu daripada inisiatif berfokus kepada masyarakat terutama bagi golongan kurang berkemampuan dari kategori B40 dan asnaf yang memerlukan rawatan segera di Hospital USM.

YAYASAN UEM

“Sumbangan ini juga sedikit sebanyak diharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat negeri Kelantan khususnya dan Hospital USM amnya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit,” ujarnya.

Tambah Mohd Izani, Yayasan UEM juga turut menyumbang sepuluh set komputer kepada Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital USM untuk membantu melancarkan proses pengajaran di samping memudahkan pesakit kanak-kanak meneruskan sesi pembelajaran sepanjang menerima rawatan.

YAYASAN UEM4

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim.

Sementara itu, Ahmad Sukari pula berkata, Hospital USM sangat berbesar hati menerima sumbangan daripada Yayasan UEM dan berharap agar lebih ramai dermawan tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

YAYASAN UEM1

“Sumbangan yang diterima, apabila digabungjalinkan dengan kepakaran yang ada di Hospital USM, InsyaAllah dapat memberi nilai tambah yang cukup baik kepada masyarakat.

“Saya juga berharap agar sumbangan ini akan berterusan selamanya bagi memberi kepentingan kepada pesakit Hospital USM dan rakyat negeri Kelantan,” jelasnya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.