PENCEMARAN ALAM SEKITAR GUGAT KESEJAHTERAAN HIDUP

KOTA BHARU, KELANTAN, 4 Oktober 2019 - Dunia sudah tua bukan lagi rahsia kerana semakin hari semakin banyak bencana dan kemudaratan yang dapat kita lihat.

Pencemaran persekitaran, udara, air dan sebagainya semakin mengancam kehidupan manusia termasuk flora dan fauna.

International Environment and Health Conference anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia,  menjadi platform para penyelidik membincangkan keperluan dan kepentingan penjagaan persekitaran demi kelestarian hari esok untuk generasi akan datang.

International Environment and Health Conference1

Pengerusi Program Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan, PPSK,  Profesor Madya Dr. Hasmah Abdullah berkata, konferen pada kali ini memfokuskan kepada cabaran dan kepentingan dalam mengubah lanskap persekitaran khususnya pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi dewasa ini.

"Pencemaran udara yang berlaku sekarang ini amat membimbangkan kerana udara tercemar mengandungi zarah halus 'particulate matter 2.5' menjadi pembunuh senyap terutama individu yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.

International Environment and Health Conference

"Zarah halus tersebut mampu berada di dalam udara lebih lama berbanding zarah yang berat dan ianya mampu menembusi paru-paru serta sistem peredaran darah apabila disedut oleh manusia dan haiwan selain turut memberi risiko kepada mereka yang menghidap penyakit asma, bronkitis serta penyakit pernafasan yang lain," ujarnya.

Hasmah yang juga merupakan Pengarah Program berkata, topik-topik yang dikupas oleh penceramah jemputan mencakupi isu bagaimana untuk mengawal pencemaran yang menjadi tanggungjawab kita semua.

Seramai 71 peserta yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik institusi pengajian tinggi awam, institut penyelidikan serta peserta luar negara dari Nigeria telah menyertai konferen yang bermula pada 3 November lalu.

Konferens ini merupakan kerjasama antara tiga institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan USM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.