USM SANTUNI KOMUNITI CEGAH DIABETES

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 November 2019 - Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis dalam kalangan masyarakat bukan lagi asing di negara kita bahkan di seluruh dunia.

Sekarang ini, penyakit diabetes bukan sahaja dihidapi oleh orang dewasa malahan peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan.

USM SANTUNI KOMUNITI CEGAH DIABETES3

Menurut Pakar Perubatan Endokrin, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Mohd Izani Wan Mohamed, Hospital USM menerima dua ribu pesakit diabetes sebulan dan 30 peratus daripada pesakit tersebut adalah mereka yang berumur 30 tahun ke bawah termasuklah kanak-kanak di bawah 12 tahun.

"Memandangkan penyakit diabetes tidak mempunyai simptom yang ketara selain daripada cepat letih kerana kekurangan insulin di dalam badan, keadaan ini menyebabkan orang ramai tidak cakna dan tidak berminat untuk membuat saringan penyakit diabetes di klinik mahupun hospital.

"Masyarakat sepatutnya peka dan melakukan saringan awal untuk mengesan penyakit diabetes lebih-lebih lagi jika ada ahli keluarga mereka penghidap penyakit tersebut kerana diabetes juga boleh dikategorikan sebagai penyakit warisan", ujarnya.

USM SANTUNI KOMUNITI CEGAH DIABETES2

Izani yang ditemui semasa Majlis Perasmian Hari Diabetes Sedunia berkata, selain daripada luka susah sembuh, kekerapan membuang air kecil serta komplikasi mata dan gigi, penghidap diabetes juga berisiko lemah tenaga batin atau mati pucuk.

"Dengan cara membawa kepakaran yang ada dari Hospital USM serta aktiviti-aktiviti santai sepanjang program ini, kita dapat menarik golongan sasar kerana mereka akan datang berkeluarga dan di sinilah peranan kita sebagai perawat untuk memberikan kesedaran kepada mereka bagaimana menjaga pemakanan, menjaga kebersihan sejak dari kanak-kanak lagi dan yang lebih penting mereka dapat melakukan pemeriksaan kesihatan serta saringan diabetes tanpa perlu ke hospital", jelasnya lagi.

USM SANTUNI KOMUNITI CEGAH DIABETES

Selari dengan sambutan ulangtahun ke 50 penubuhan universiti, USM memgambil inisiatif mengadakan sambutan Hari Diabetes Sedunia dan USM Bersama Komuniti di Sekolah Kebangsaan Banggu, di sini bagi mendekatkan hospital dengan komuniti kerana pencegahan perlu dilakukan secara menyeluruh, bukan hanya kepada pesakit semata-mata.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.