600 SERTAI LARIAN TERBUKA KELANTAN 2019

run20192

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 November 2019 –  Larian Terbuka Kelantan (LTK) 2019 yang berlangsung Kompleks Sukan II, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik 600 penyertaan.

Larian yang dianjurkan oleh pelajar Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM dengan kerjasama Sinar Harian serta Majlis Sukan Negeri Kelantan itu merupakan satu aktiviti kecergasan yang digemari masyarakat dewasa ini.

run20191

run20193

Menurut Pengarah LTK 2019, Siti Salwa Suhaida Mohd Ibrahim, larian ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengajak orang ramai menyertai aktiviti yang memberi faedah kepada kesihatan dan mencegah penyakit yang berbahaya dengan amalan gaya hidup pada masa kini.

run20196

"Larian Terbuka Kelantan merupakan acara tahunan dan penganjuran pada tahun ini adalah kali yang ke-8 serta turut diadakan sempena sambutan 50 tahun USM dan 20 tahun PPSK.

“Program sebegini memberi peluang kepada para pelajar menyahut cabaran untuk menganjurkan program yang lebih baik dan mencabar memandangkan program larian ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan peserta dari luar Kelantan," ujarnya.

run2019

run20194

Sebanyak tujuh kategori disediakan mengikut jarak yang telah ditetapkan iaitu kategori lelaki dan wanita veteran, lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita junior serta tidak ketinggalan kategori larian keluarga yang menyaksikan penyertaan ahli keluarga termasuk ibu bapa yang santai menolak kereta sorong anak kecil.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail / Foto: Unit Fotografi UKAST

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.