BAHAYA KANSER ORAL YANG TIDAK DIENDAHKAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 November 2019 - Kanser atau barah adalah satu kumpulan besar penyakit berbeza melibatkan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan dalam perubatan ia dikenali sebagai neoplasma malignan.

Laporan oleh Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia, sebanyak 7.6 juta orang dilaporkan meninggal dunia akibat kanser dan hampir 12.7 juta lagi berisiko mendapat penyakit tersebut. Malah jika masih tiada sebarang langkah proaktif diambil, angka tersebut akan terus meningkat sebanyak 26 juta kes baharu dan 17 juta kematian menjelang tahun 2030 terutamanya di negara-negara sedang membangun dan miskin.

kanser oral2

Menurut Pengerusi Program Sambutan Minggu Kesedaran Oral peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Pakar Oral Maksilofasial, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Dr Roselinda Ab. Rahman, USM melalui perkhidmatan pergigian sentiasa komited dalam usaha memberi kesedaran terhadap pencegahan kanser oral di samping berusaha membendung peningkatan seterusnya mengurangkan jumlah kematian disebabkan kanser oral di negara ini melalui pelbagai cara.

“Berdasarkan laporan Daftar Majlis Barah Kebangsaan (NCR), kanser mulut di Malaysia berada di tangga keenam dan ketiga barah paling biasa ditemui dalam kalangan lelaki dan wanita keturunan India.

kanser oral3

“Terlalu sukar untuk menentukan punca kanser kerana terdapat banyak aktiviti yang meningkatkan risiko kanser termasuk merokok, radiasi, kekurangan aktiviti fizikal, gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak terkawal, pencemaran alam sekitar dan banyak lagi,” ujarnya ketika ditemui di program sambutan Hari Kanser Oral, Peringkat Hospital USM di sini.

Tambah Roselinda, sambutan Hari Kanser Oral diadakan bertujuan untuk mengalakkan orang ramai datang membuat pemeriksaan awal kanser oral selain memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan kesihatan oral dan bagaimana cara pencegahan yang boleh diambil.

kanser oral1

“Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung ialah kaunseling pemakanan, mini karnival kesihatan, aktiviti jualan, pameran dan pemeriksaan kesihatan oral.

“Program komuniti anjuran PPSG ini dilihat mampu memberi informasi kepada umum berkaitan dengan kanser oral yang perlu diambil berat oleh semua pihak di samping mempromosikan cara mencegah dan meningkatkan kualiti hidup bagi penghidap kanser serta memberi kesedaran kepada pesakit kanser oral, peluang untuk terus hidup dan ianya bukan penamat pada sebuah kehidupan,” katanya lagi.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Jawatankuasa Hari Kanser Oral PPSG USM

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.