50 TAHUN BERLALU USM SEMAKIN GAH SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TERNAMA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2019 - Nama Universiti Sains Malaysia (USM) bukanlah asing kerana USM merupakan salah sebuah universiti awam yang berada pada tahapnya tersendiri. Kini, setelah 50 tahun ditubuhkan, USM terus mengorak langkah menjadi sebuah universiti cemerlang dan menerima pelbagai anugerah di dalam mahupun luar negara.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, sempena sambutan ulangtahun ke 50, Kampus Kesihatan mengambil inisiatif mengadakan Hari Terbuka.

hari terbuka2019 1

"Selama ini masyarakat hanya mengenali Hospital USM sedangkan kita ada tiga buah pusat pengajian yang menawarkan pelbagai kursus seperti perubatan, pergigian dan kesihatan di samping jabatan-jabatan sokongan yang lain.

"Kali ini, kita buka pagar USM kepada masyarakat untuk datang dan kenali USM Kampus Kesihatan dengan lebih dekat terutama berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan, peluang pembelajaran dan latihan serta tidak ketinggalan prasarana untuk bersukan", ujar beliau semasa ditemui sejurus selepas majlis Perasmian Hari Terbuka Kampus Kesihatan.

hari terbuka2019 2

Hari Terbuka Kampus Kesihatan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 November diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran sejarah Kampus Kesihatan, ceramah motivasi, bual bicara buku, pemeriksaan gigi, pameran projek inovasi dan penyelidikan, pertandingan bayblade, kejohanan bola jaring, kejohanan wushu, kejohanan sukan orang kurang upaya (SUKOKU),  jualan buku serta aneka gerai jualan. Orang ramai boleh berkunjung ke Hari Terbuka yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.