USM PERKUKUHKAN JENTERA HADAPI BANJIR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 November 2019 - Universiti Sains Malaysia (USM) bersiap sedia dari pelbagai aspek menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada tahun ini.

Menyoroti peristiwa banjir besar atau dipanggil bah kuning pada 2014, di mana Hospital USM merupakan satu-satunya hospital yang beroperasi pada waktu itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim berkata, jawatankuasa tetap yang terdiri dari pelbagai jabatan di Kampus Kesihatan telah membuat pelbagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana banjir.

jenterabanjir1

"Sebelum ini ada dua jawatankuasa iaitu di peringkat kampus dan hospital tetapi mulai sekarang, digabungkan dalam satu jawatankuasa sahaja supaya lebih proaktif dalam pemantauan serta pengoperasian semasa bencana dan pusat operasi pula ditempatkan di Hospital USM serta akan dibuka selaras dengan pengaktifan bilik gerakan di peringkat negeri.

"USM juga telah mendapat status penempatan banjir pada tahun 2017 dan ianya khusus untuk kakitangan USM Kampus Kesihatan yang berjumlah kira-kira 5000 orang. Penempatan kakitangan yang terkesan banjir di dalam kawasan kampus adalah demi kepentingan perkhidmatan mereka kepada masyarakat", ujar beliau.

jenterabanjir2

Tambah Sukari, dari segi perawatan pesakit khususnya mereka yang perlu menjalani dialisis, ruang tambahan untuk dialisis semasa bencana akan disediakan bagi menampung keperluan serta peningkatan mendadak sehingga 250 pesakit sehari yang dirawat dalam tiga pusingan tempoh bekerja sebagaimana tahun 2014.

Beliau juga menasihatkan pesakit khususnya yang menghidap penyakit kronik untuk memastikan bekalan ubat mencukupi.

jenterabanjir3

"Mereka khususnya pesakit yang memerlukan rawatan dialisis,  perlu peka dengan keadaan semasa seperti perubahan cuaca dan sebagainya untuk perancangan awal dan pesakit boleh menghubungi pusat dialisis untuk mendapatkan nasihat serta penjadualan rawatan.

Selain itu, Sukari juga mengharapkan masyarakat memahami proses perubatan dan perawatan yang mana kes-kes kecemasan akan lebih diutamakan terutama apabila berlakunya sesuatu bencana.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.