SUKOKU BUKA PELUANG PESERTA SERLAH BAKAT KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 November 2019 – Ketidaksempurnaan fizikal tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) beriadah serta bersukan bersama masyarakat kerana mereka juga mempunyai bakat jika dilatih dengan bersungguh-sungguh.

Menyedari perkara tersebut, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masayarakat (JKM) Negeri Kelantan telah menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (SUKOKU) buat kali ketiga.

sukoku20193

Pengarah Program SUKOKU 2019, Muhamad Hakimee Isa berkata, kejohanan pada kali ini disertai oleh seramai 200 peserta dari 10 Jajahan seluruh Kelantan termasuk seliaan swasta dan kerajaan.

“Apa yang istimewanya kejohanan pada kali ini, kami menjemput jurulatih di peringkat negeri untuk membuat pemilihan peserta bagi diserap ke peringkat yang lebih tinggi supaya bakat yang mereka ada dapat digilap dan tidak disia-siakan.

sukoku20192

“Antara acara yang dipertandingkan pada tahun ini ialah larian 100 meter, 4x100 meter, 200 meter dan Bocia serta sukaneka kepada para jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana,” katanya ketika ditemubual di sini, hari ini.

Harapan beliau dengan adanya kejohanan sukan sebegini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap OKU yang menganggap mereka menjadi bebanan adalah salah tetapi mereka boleh menjadi sumbangan kepada ekonomi negara malah ada dalam kalangan mereka telah berjaya ke peringkat nasional.

sukoku20191

Perasmian penutup SUKOKU disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKM, Siti Nor Hasma Mat Isa dan turut hadir dalam program tersebut ialah Profesor Madya Dr. Hairul Anuar Hashim yang mewakili Pengarah Kampus dan Penyelaras Unit Transformasi OKU PPSK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

sukoku20194

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.