PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA BANTU TINGKATKAN PELUANG PESAKIT JALANI KEHIDUPAN LEBIH BAIK

KOTA BHARU, KELANTAN, 21 Disember 2019 - Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu perkhidmatan pemulihan untuk  membantu pesakit mencapai, mengekal dan meningkatkan tahap kefungsian serta keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial  dan kerohanian.

PEMULIHAN CARAKERJA

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim,  Jurupulih Carakerja memainkan peranan penting untuk meningkatkan kefahaman orang awam mengenai peranan mereka kerana intervensi awal dan sokongan yang berterusan dari ahli keluarga akan meningkatkan keberangkalian serta peluang untuk kanak-kanak berkeperluan khas berfungsi sama seperti rakan sebaya yang lain.

“Hari Pemulihan Carakerja disambut secara tahunan di serata dunia bagi menonjolkan perkembangan profesyen serta aktiviti-aktiviti Pemulihan Carakerja yang bermanfaat kepada masyarakat. Saya menyambut baik usaha yang dijalankan oleh semua Jurupulih Carakerja (OT) di negeri Kelantan ini yang mana bagi saya amat bagus dalam mengeratkan hubungan silaturrahim selain dapat meningkatkan jaringan kerjasama sesama profesyen.

PEMULIHAN CARAKERJA2

“Saya lihat program ini mempunyai elemen untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan Pemulihan Carakerja dalam membantu kanak-kanak yang dikesan mengalami masalah lewat perkembangan dan ianya sedikit sebanyak membantu merealisasikan agenda kelestarian universiti,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dalam program Sambutan Hari Pemulihan Carakerja Peringkat Negeri Kelantan 2019, di sini.

Sukari yang juga Pengarah Hospital USM berkata, program kerjasama antara Jurupulih Carakerja USM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini juga merupakan platform pertukaran maklumat yang bermanfaat di antara Jurupulih Carakerja selain dapat memantapkan lagi perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Negeri Kelantan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terkini kepada masyarakat.

PEMULIHAN CARAKERJA3

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Pemulihan Carakerja Peringkat Negeri Kelantan 2019, Hasnetty Zuria Mohamed Hatta pula berkata, Hari Pemulihan Carakerja yang pertama diraikan pada 27hb Oktober 2010 di seluruh dunia dan ianya merupakan tarikh yang penting untuk mempromosikan profesyen Pemulihan Carakerja.

“Sambutan pada tahun ini bertujuan untuk memperkenalkan profesyen Pemulihan Carakerja kepada orang ramai di samping meraikan Jurupulih Carakerja di seluruh Negeri Kelantan dengan pengisian program berbentuk aktiviti-aktiviti berteraputik kepada kanak-kanak di samping penerangan tentang kepentingan serta faedah menjalankan aktiviti sedemikian kepada ibu bapa.

PEMULIHAN CARAKERJA4

“Kes-kes berkaitan kanak-kanak merupakan majoriti di Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital USM yang mana rawatan pemulihan perlu dijalankan seawal mungkin agar kanak-kanak ini dapat mengejar perkembangan yang sepatutnya dan dapat berdikari apabila dewasa nanti,” jelasnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dato’ Dr. Hajjah Selasawati Haji Ghazali,  Ketua Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Negeri Kelantan, Yufaizal Yusuf dan Ketua Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM, Dr. Al Hafiz Ibrahim.

PEMULIHAN CARAKERJA1

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.