USM – YOKUK METERAI PERJANJIAN PERKASAKAN RAWATAN PALIATIF

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Januari 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) atau dikenali sebagai ‘YOKUK - A Foundation for the Disabled Dan Underprivileged’ bertujuan untuk mengembangkan perkhidmatan rawatan paliatif, bantuan kepada orang kurang upaya (OKU) dan prasarana untuk rehabilitasi dalam komuniti.

USMYOKUKMETERAIPERJANJIANPERKASAKANRAWATANPALIATIF

Kolaborasi ini bermula sejak 2005 untuk pelbagai aktiviti. Namun begitu, pada tahun 2013, ianya telah dimeterai secara rasmi dengan mengadakan rangka kerja bersama dalam kajian genetik sebelum beralih kepada projek komuniti untuk membantu orang kurang upaya (SOS I, II) di samping penempatan pelajar prasiswazah dan siswazah menjalani latihan, penyelidikan serta kerja-kerja sukarelawan dalam komuniti.

Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, pelajar perubatan tahun lima akan mengadakan komuniti ‘posting’ dalam pediatrik selama sehari untuk belajar mengenai latar belakang keperluan kanak-kanak kurang upaya dan  membuat lawatan ke rumah pesakit bersama YOKUK untuk memberi perkhidmatan paliatif secara percuma.

USMYOKUKMETERAIPERJANJIANPERKASAKANRAWATANPALIATIF1

“Hal ini memberi manfaat dari segi ‘soft skill’, interaksi bersama pesakit serta komunikasi yang berkesan dan saya berharap agar program-program kemasyarakatan begini boleh dikembangkan lagi melalui kolaborasi jabatan dari Kampus Kesihatan bersama YOKUK dengan termeterainya perjanjian ini.

“USM dipilih untuk menjalinkan kerjasama ini atas kapasiti perkhidmatan yang dilaksanakan serta perubahan-perubahan baharu tertakluk kepada kerjasama yang terjalin dan saya mengharapkan agar USM dapat menerajuinya di samping meneroka bidang baharu bersama YOKUK untuk kebaikan semua khususnya masyarakat di negeri Kelantan,” katanya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Dr. Fahisham Taib

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.