KENAL PASTI SAKIT SENDI LUTUT SEBELUM TERIMA RAWATAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Februari 2020 - Sendi lutut merupakan salah satu sendi yang terbesar, terkuat serta paling penting di dalam tubuh manusia kerana sendi membenarkan pergerakan kaki untuk aktiviti harian seperti berjalan, berlari, duduk dan berdiri lurus.

profamran3

Ketua Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Amran Ahmed Shokri berkata, ‘osteoarthritis’ lutut adalah satu keadaan kegagalan sendi yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara beban ke atas sendi dan keupayaan tulang rawan untuk menahan beban tersebut semasa melakukan sesuatu aktiviti.

“Ketidakseimbangan yang berterusan dalam jangka masa yang panjang menyebabkan tulang rawan pecah dan berlakunya respon anti inflamatori dengan infiltrasi sel-sel respon fibroblastik yang melibatkan respon pembetukan tulang baru abnormal, pengumpulan bendalir sinovium berlebihan dan penebalan tisu sinovium.

“Penyakit osteoarthritis lutut ini boleh dikategorikan mengikut penyebabnya dan keterukan osteoarthritis itu mengikut pandangan radiografi,” jelasnya semasa menyampaikan syarahan yang bertajuk “Lutut: Osteoarthritis dan Artroplasti” dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor.

profamran4

Menurut Amran yang juga Pakar Ortopedik, sakit sendi lutut berlaku disebabkan tiga perkara yang sering dikenal pasti oleh pakar seperti genetik seseorang individu, saiz badan yang besar dan kaum wanita kerana golongan ini berisiko lebih tinggi daripada lelaki iaitu dengan nisbah lima perempuan daripada satu lelaki yang mempunyai penyakit sendi lutut ini.

“Sendi lutut berkemungkinan nampak seperti biasa dari luar tetapi terdapat pelbagai ligamen dan struktur yang memegang tulang rawan supaya stabil serta dapat bergerak untuk melakukan aktiviti harian.

 “Ciri-ciri klinikal awal penyakit sendi lutut adalah sakit semasa atau selepas melakukan sesuatu aktiviti dan apabila beristirehat selama 30 minit, kita tetap berasa sakit di bahagian lutut juga”, ujarnya lagi.

profamran5

Amran berkata, bagi individu yang mengalami ciri-ciri tersebut, mereka kemudiannya  akan merasa sendi tidak stabil dan lutut kelihatan bengkok serta setiap pergerakan menjadi lebih terhad kerana ia merupakan petanda kepada kerosakan sendi lutut yang teruk.

“Penyakit sendi lutut memerlukan rawatan secara multidisplin seperti melakukan rehabilitasi, fisioterapi serta berjumpa dengan pakar bagi rawatan susulan dan penggunaan ubat-ubatan yang betul.

“Rawatan seperti ini mampu membantu pesakit untuk menikmati aktiviti harian dengan lebih baik tanpa gangguan kesakitan pada sendi lutut lagi”, katanya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel & Wan Nur Anis Noor Nasrome (Pelajar Praktikal USM) / Foto: Anis Azniriza Zainol

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.