USM TERIMA SUMBANGAN 14 ALAT BANTU DENGAR

USM KUBANG KERIAN, 1 Mac 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) hari ini menerima sumbangan alat bantu pendengaran digital daripada Swiss Medicare Group.

Sebanyak 14 alat bantu pendengaran digital bernilai RM64,900 diterima oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Bantu Dengar dan Perasmian Alumni Audiologi USM yang berlangsung di Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA) di sini.

alatbantudengar4

Ahmad Sukari dalam ucapannya mengalu-alukan sumbangan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Swiss Medicare Group kerana berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut buat kali ketiga.

“Sebelum ini, Swiss Medicare Group pernah menyampaikan sumbangan pada tahun 2013 dan 2016 dan pastinya sumbangan ini memberi banyak manfaat khususnya kepada pelajar-pelajar bidang audiologi USM terutama dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran klinikal selain turut memberi manfaat kepada pesakit.

“Kerjasama ini dilihat sebagai satu situasi menang-menang (win-win situation) bagi kedua-dua pihak kerana ia mampu memberi kebaikan kepada semua pihak terutama pelaksana audiologi, para pelajar seterusnya kepada para pesakit", ujarnya.

alatbantudengar1

Sementara itu, Pengarah Urusan Swiss Medicare Group Malaysia, Vincent Cheong Kiat Wah pula berkata, USM dipilih kerana ia merupakan sebuah pusat pengajian yang terulung terutamanya dalam bidang pengajian audiologi dan kerjasama ini telah lama terjalin sejak 2013 lagi.

“Sebagai sebuah syarikat swasta yang juga pembekal kepada industri, kami ingin melaksanakan program ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) dalam membantu melahirkan lebih ramai Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) yang berkaliber untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Di samping itu, kami juga ingin memastikan para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang efektif dengan bantuan teknologi audiologi yang lebih baik", jelasnya.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 28 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.