PELAJAR SUMBANG TENAGA SEDIAKAN PELINDUNG MUKA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 April 2020 - Para pelajar Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) mengambil inisiatif membantu kakitangan barisan hadapan yang terlibat secara langsung sebagai petugas COVID-19 dengan menyediakan pelindung muka (faceshield).

IMG 20200407 182829

Seramai 73 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar tahun satu hingga lima berganding bahu menyiapkan salah satu keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang digunakan oleh petugas kesihatan ketika merawat pesakit.

Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar USMKK, Nur Azlina Adris berkata, projek #KAMIPRIHATIN gandingan Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani dengan sokongan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U), Pengurusan Desasiswa digerakkan dalam tempoh tiga hari bermula dari pencarian sukarelawan, pengumpulan bahan-bahan dan proses penyediaan dengan sasaran sebanyak 1000 unit pelindung muka.

IMG 20200407 182846

"Namun, disebabkan kekurangan bahan keperluan yang menjadi kekangan untuk melaksanakan projek dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia ditangguhkan sementara dan akan disambung semula apabila bahan yang diperlukan dapat disediakan nanti.

"Hari ini, sebanyak 400 unit telah diserahkan kepada Penyelaras, Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH) Hospital USM,  Profesor Madya Dr Siti Suraiya Md Noor," jelasnya.

IMG 20200407 182920

Tambah Azlina, baki sebanyak 600 unit lagi akan diselesaikan dalam tempoh terdekat dan akan diagihkan kepada pusat kesihatan serta hospital lain yang memerlukan.

"Untuk fasa seterusnya, kami dalam perancangan membantu meringankan beban dan memenuhi keperluan Hospital USM untuk menyediakan 200 unit pelindung kasut dan jubah isolasi yang juga digunakan petugas kesihatan dalam menangani wabak COVID-19.

IMG 20200407 182903

"Saya berasa amat terharu atas sokongan para pelajar yang sudi tampil sebagai sukarelawan kerana usaha memanfaatkan masa dan tenaga dalam tempoh PKP ini sedikit sebanyak mampu memberi sumbangan dan menunjukkan kami bersama mereka dalam perjuangan krisis COVID-19," ujarnya lagi.

Teks: Mirawaty Mat Ghani & Nur Azlina Adris / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel /
Foto: Nordina Ahmat
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.