WARGA USM SEPAKAT SEDIAKAN PPE PENUHI KEPERLUAN

Sejak wabak COVID-19 melanda negara, isu kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sangat diperlukan oleh petugas kesihatan hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak.

IMG 20200412 095140

PPE digunakan untuk perlindungan badan daripada bahaya hazard semasa melakukan kerja yang berisiko. Ia memberi perlindungan dengan membantu mencegah mikroorganisma dari mencemarkan tangan, mata, rambut, pakaian dan kasut agar tidak tersebar kepada pesakit dan anggota kesihatan lain.

Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Jangkitan Dan Epidemiologi Hospital (UKJEH) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Fauziah Ismail berkata, satu set lengkap PPE terdiri daripada pelindung badan, pernafasan, tangan, kaki, mata, kepala dan pendengaran.

“Idea untuk menjahit PPE ini tercetus apabila melihat keperluan penggunaan mendesak oleh petugas perubatan di Hospital USM yang bertanggungjawab melakukan saringan serta pemeriksaan pesakit COVID-19 sedangkan bekalan sedia ada tidak dapat menampung apabila syarikat pembekal tidak dapat membekalkannya sebagaimana biasa.

IMG 20200412 095157

“Bermula 15 Mac lalu, buat pertama kali pasukan sukarelawan UKJEH telah menjahit pelindung kepala atau ‘hood cover’ sebanyak 150 helai menggunakan material yang sama digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air seperti kertas serta plastik dan kita teruskan dengan menjahit ‘isolation gown’,” jelasnya.

Menurut Fauziah, setiap petugas yang merawat pesakit COVID-19 hanya boleh memakai PPE bagi tujuan merawat seorang pesakit sahaja dalam satu masa dan selepas itu, ia perlu ditukar dengan sut lengkap yang baharu sekiranya mahu merawat pesakit yang lain. Disebabkan itulah PPE menjadi keperluan utama di semua hospital seluruh Negara, bukan di Hospital USM sahaja.

“Sebanyak 200 set PPE akan dibekalkan kepada petugas kesihatan Hospital USM untuk kegunaan sehari antaranya Wad ‘severe acute respirotary infections’ (SARI), Jabatan Trauma dan Kecemasan serta lain-lain klinik yang terlibat dengan saringan serta perawatan pesakit COVID-19.

IMG 20200412 095210

“Harga untuk satu set lengkap PPE bernilai RM250 tetapi apabila dijahit sendiri ianya menjimatkan apatah lagi UKJEH turut menerima sumbangan dari pelbagai pihak antaranya berbentuk kewangan, peralatan malahan ramai dalam kalangan staf, pelajar serta pesara USM sendiri yang turun padang bersama-sama dalam menyediakan PPE ini,” ujarnya lagi.

Penggunaan PPE merupakan pendekatan yang paling biasa dipraktikkan di tempat kerja. Bagaimanapun, penggunaan PPE diklasifikasikan sebagai langkah terakhir kawalan untuk jangkitan hanya terhad dalam melindungi atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kepada jangkitan yang akan dialami oleh petugas kesihatan apabila berhadapan dengan pesakit yang mempunyai gejala COVID-19.

Individu yang memakai PPE perlu berhati-hati ketika memakai pakaian khas itu kerana sekiranya rosak, ia boleh mendatangkan bahaya. Atas dasar itu, ia mempunyai tata cara dan teknik pemakaian khusus bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.

PPE yang belum digunakan perlu disimpan di dalam almari atau kotak simpanan dan dipastikan semua peralatan bersih serta dalam keadaan baik sebelum digunakan. Selain itu, jadual penyelenggaran atau penggantian PPE perlu disediakan untuk mengelakkan kerosakan.

Teks : Mohamad Hairol Rasli & Wan Salizawati Wan Ismail / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.