PELAJAR TANPA ASRAMA (PETAS) TIDAK DIABAIKAN

KUBANG KERIAN, 15 April 2020 - Seramai 78 pelajar tanpa asrama (PETAS) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan menerima bantuan barangan keperluan berupa makanan kering, minuman dan tuala wanita.

Menurut Penggawa Desasiswa Murni Nurani, Noor Hayati Mohammad, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan keluar masuk ke kampus sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran bertugas sahaja dibenarkan masuk demi menjaga keselamatan dan memastikan kawasan kampus bebas daripada penularan wabak COVID-19.

IMG 20200415 230031

“Data PETAS memang sentiasa dikemaskini dan bagi memudahkan urusan penyerahan sumbangan, petugas di Bilik Gerakan akan menghubungi semua PETAS meminta mereka datang ke Pos Pengawal Pintu A mengambil kit barangan asas yang telah ditandakan dengan nama masing-masing dan dua (2) orang wakil Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) akan membantu proses agihan tersebut.

“Saya berharap mereka tidak merasa tersisih walaupun kupon makanan percuma tidak disediakan untuk mereka, namun bantuan barangan asas dari pelbagai sumber tetap disalurkan seperti kit ini merupakan sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), malahan kami juga mendapat kerjasama daripada Pusat Islam Kampus Kesihatan yang telah bersetuju untuk menyumbangkan barangan asas kepada PETAS dan keutamaan akan diberi kepada B40 dan para asnaf serta terbuka tanpa mengira bangsa dan agama," ujar beliau.

IMG 20200415 230041

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Mirawaty Mat Ghani pula berkata, BHEPA sentiasa berhubung rapat dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa (MPD), Ketua Kelas dan Pusat Pengajian untuk mendapatkan maklumat pelajar tidak kira sama ada pelajar yang tinggal di dalam kampus mahupun di luar kampus.

“Ini adalah bertujuan untuk memastikan tidak ada dalam kalangan pelajar Kampus Kesihatan yang tercicir daripada menerima bantuan terutama sepanjang tempoh PKP dan kami juga akan menghantar sumbangan tersebut terus kepada mereka sekiranya mereka tidak mempunyai kenderaan untuk datang mengambilnya sendiri.

IMG 20200415 230056

“BHEPA juga menyediakan khidmat psikososial melalui talian hotline yang disediakan dalam tempoh PKP dilaksanakan. Semua kaunselor yang ada di USM digerakkan untuk membantu memberikan sokongan kepada semua pelajar dan saya meminta kerjasama daripada semua PETAS sekiranya menghadapi sebarang masalah, mereka boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 USM di talian 09-7671303 atau emel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Talian Kaunseling COVID-19: 09-7671188 atau emel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," jelasnya.

Tambah Mirawaty, beliau juga mengharapkan pelajar PETAS dapat memberikan kerjasama, akur dan patuh kepada arahan kerajaan, sabar serta tenang dalam menghadapi krisis yang sedang melanda ini. 

"Isilah masa yang terluang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah dan marilah sama-sama kita berdoa agar semua ini segera berakhir dan kita dapat jalani kehidupan seperti sediakala," katanya.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob
Foto: Mirawaty Mat Ghani

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 28 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.