KITA JAGA KITA: MPP DAN MPD TERUS AGIHKAN SUMBANGAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN - 16 April 2020 – Disebabkan oleh pergerakan yang agak terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah mengambil keputusan untuk memastikan kebajikan pelajar di dalam dan juga luar kampus dijaga dengan sebaiknya.

IMG 20200416 211931

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),  Nur Azlina Adris berkata, MPP sentiasa berusaha memastikan tiada pelajar siswazah dan pasca-siswazah yang tercicir daripada menerima bantuan bagi mengurangkan beban mereka terutama pelajar yang menetap di luar kawasan kampus.

“Bantuan yang disalurkan ini berupa makanan kering yang disumbang oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, susu, gula pasir dan lain-lain pula disumbangkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan.

IMG 20200416 211946

"MPP akan terus komited dan berganding bahu bersama Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) dan Pusat Tanggungjawab yang lain demi membantu meringankan beban pelajar USM, terutamanya pelajar dalam kalangan B40," ujarnya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua MPD Murni Nurani, Ahmad Nadzmi Ibrahim pula berkata, bantuan tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa berasingan bagi memastikan tiada pergerakan secara berkumpulan dan penjarakan sosial sentiasa dipatuhi sepanjang tempoh pengagihan.

IMG 20200416 212000

“Petugas juga akan menghantar sumbangan tersebut kepada pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk hadir ke kampus bagi menerima bantuan yang disalurkan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh MPD dan MPP dalam mendapatkan maklumat mengenai pelajar yang tinggal di luar kampus ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang prihatin dengan kebajikan pelajar dan tidak putus menyalurkan sumbangan.

Teks: Nur Azlina Adris /Foto: Mirawaty Mat Ghani

doctor di radio

infomedic usmkk

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 11 Ogos 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.