SEMARAKKAN SEMANGAT MERDEKA WARGA USM SAHUT SERUAN KIBAR JALUR GEMILANG

Cetak

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Ogos 2020 - Sebanyak 300 unit jalur gemilang diagihkan kepada kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan hari ini dalam usaha memperkasakan kempen 'Kibar Jalur Gemilang' sepanjang bulan kemerdekaan bermula 10 Ogos hingga 16 September 2020.

SAVE 20200825 191006

Bertemakan 'Malaysia Prihatin', hari merdeka pada tahun ini mungkin agak berbeza tanpa sambutan besar-besaran kerana kita masih bergelut mengekang penularan COVID-19, namun ia bukan alasan untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyemarakkan semangat kemerdekaan negara.

SAVE 20200825 190952

Jalur Gemilang tersebut diagihkan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim kepada setiap kenderaan warga kampus yang dalam perjalanan pulang selepas tamat waktu bekerja.

SAVE 20200825 190938

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Haji Yusoff Abdullah, Timbalan Bendahari, Wan Mazlan Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah Keselamatan, Eady Othman dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kesihatan USM.

 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman