COVID-19 BUKAN HALANGAN UNTUK MENDAFTAR DI USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Oktober 2020 - Biarpun negara kembali bergelut dengan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak, namun itu bukan alasan buat Mohd Luqman Sirat, 19, dari Bintulu, Sarawak untuk datang mendaftar diri sebagai mahasiswa baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2020/2021.

ab069ca1 2085 44a5 9dc0 d86143277f6a

Beliau yang tiba di Kota Bharu sejak 1 Oktober yang lalu sedikitpun tidak merasa gusar dan memilih untuk terus tinggal di dalam kampus bagi memudahkan proses pembelajaran di samping menjimatkan kos penerbangan sekiranya beliau pulang semula ke Sarawak.

10bfe154 5d92 486e 8c73 2bbe9c0c0d4c

"Saya memilih untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM setelah mendapat maklumat melalui promosi yang diadakan di kolej matrikulasi sebelum ini dan tidak sabar untuk memulakan pengajian dengan suasana yang tenang di sini walaupun perlu mematuhi SOP serta pelbagai peraturan dengan norma baharu, namun saya pasti dapat mengharungi situasi tersebut", katanya yang ditemui semasa sesi pendaftararan seawal jam 7.45 pagi.

aa343f24 3966 449d b692 c4cb6ed99963

Sementara itu, salah seorang bapa yang ditemui, Jamaludin Abdul Halim dari Batu Gajah, Perak berterima kasih kepada USM kerana melaksanakan pendaftaran secara pandu lalu yang memudahkan dan lancar.

"Saya tiba di Kota Bharu pagi Jumaat dan baru dapat makluman mengatakan pelajar digalakkan untuk mendaftar 'online' sahaja tetapi memandangkan kami telah sampai di sini, anak saya memilih untuk mendaftarkan diri di kampus bagi mengikuti Program Sains Kesihatan dan Pekerjaan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

0916caf4 a0a3 4724 919c 489ead9fdfaa

"Saya percaya dan yakin pihak pengurusan universiti akan menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar dengan baik", ujar beliau sebelum meninggalkan kampus.

Bagi kemasukan Sidang Akademik 2020/2021, kira-kira 600 orang pelajar telah diterima mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

Teks&Foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid 

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 28 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.