BANTU UNIVERSITI SEPANJANG TERKANDAS SEMASA PKP

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 November 2020 - Saat diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac 2020, pandangannya kelam, airmata bergenang, fikiran tak keruan memikirkan nasib diri yang keseorangan di semenanjung sedangkan keluarga tercinta nun jauh di borneo.

Itulah gelodak jiwa yang dirasai oleh Mahirah Afiqah Mohd Affandy, 20, pelajar tahun tiga (3) Kursus Diploma Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini tidak lokek berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani tempoh PKP di Desasiswa Murni, Kampus Kesihatan.

SAVE 20201115 133320

Menurut Mahirah, semasa mula-mula menerima maklumat berkenaan PKP di seluruh negara pada bulan Mac lalu, beliau berasa sangat sedih disebabkan ramai kawan-kawan sempat pulang ke kampung masing-masing sedangkan beliau tidak dapat pulang ke Sabah untuk bersama keluarga.

"Penghuni yang ada di desasiswa pada ketika itu tidak ramai, kawan-kawan yang ada pun di blok lain, macam-macam perasaan menyelubungi diri saya sehinggalah selepas beberapa hari, saya mula dapat terima keadaan apatah lagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pengurusan USM sendiri memainkan peranan dalam memastikan keadaan pelajar yang ada di desasiswa dalam keadaan baik dan tidak tertekan.

SAVE 20201115 140305

"Bagi mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP, saya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan seperti menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) serta mengagihkan bantuan kepada warga USM yang terjejas," ujarnya.

Bercerita tentang proses menghantar pulang pelajar ke kampung masing-masing Mei lalu, Mahirah menzahirkan kesyukuran kerana akhirnya beliau dapat juga pulang ke Sabah setelah dua bulan terkandas di kampus.

SAVE 20201115 140314

"Saya ingat lagi ketika itu, dua minggu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil inisiatif menghantar kami pulang, masa itu saya amat bersyukur kerana proses penghantaran pulang ke kampung daripada Kelantan sampai ke Kuala Lumpur sangat lancar, malah kebajikan pelajar dijaga sebaiknya oleh pihak pengurusan Universiti," ujar beliau.

Beliau turut menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak Universiti dalam memastikan semua 'Standard Operating Procedure' (SOP) dipatuhi dan bersama-sama mengekang penularan serta memutuskan rantaian COVID-19.

SAVE 20201115 140243

Kini beliau telahpun kembali ke kampus sejak Ogos lalu bagi memenuhi keperluan klinikal sebelum menamatkan pengajian. Namun, pengalaman yang dilalui beberapa bulan yang lalu masih segar dalam ingatannya.

 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Foto: Mahirah Afiqah Mohd Affandy

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 03 Disember 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.