‘KELANTAN PALLIATIVE CARE CONFERENCE’ MEDAN PERKONGSIAN ILMU TERKINI DALAM RAWATAN PALIATIF

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Disember 2020 – ‘Kelantan Palliative Care Conference’ merupakan platform terbaik untuk perkongsian ilmu pengetahuan dalam kalangan profesional dan petugas kesihatan berkenaan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang rawatan paliatif.

SAVE 20201209 182131

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim berkata, perkembangan ilmu perubatan bergerak amat pantas, seiring dengan perkembangan teknologi dan internet.

“Para petugas kesihatan yang terlibat dalam penjagaan pesakit khususnya rawatan paliatif perlu mengemaskini ilmu pengetahuan sedia ada untuk berkongsi dengan petugas kesihatan yang lain serta ahli keluarga pesakit paliatif.

“Saya juga percaya persidangan ini memberi impak positif selain menyalurkan banyak maklumat mengenai rawatan paliatif untuk dijadikan panduan apabila berhadapan dengan pesakit nanti,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penutup persidangan tersebut secara webinar.

Persidangan yang berlangsung sehari itu merupakan program kedua anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) dan USM Kampus Kesihatan.

SAVE 20201209 182140

Persidangan bertemakan ‘Reaching Out Through Community Palliative Care’ itu telah dirasmikan oleh Pengarah JKNK, Dato’ Dr. Zaini Hussin.

Sukari berkata, tema yang dipilih pada kali ini mencerminkan usaha pakar untuk membawa perubahan paradigma ke atas rawatan paliatif dengan berkongsi idea dan perbincangan berasaskan bukti serta memberi pencerahan kepada peserta dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk pesakit.

“Pakar-pakar yang dijemput telah berkongsi kepakaran masing-masing untuk kita sama-sama gunakan terutama dalam mendidik keluarga pesakit paliatif untuk memberi penjagaan yang berkualiti atau lebih baik sekaligus menangani salah tanggapan masyarakat terhadap rawatan paliatif.

“Semoga usaha murni ini berterusan walaupun negara kini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, namun saya yakin kita semua mampu mendepaninya dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 19 Januari 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.