DIPANCARKAN MENERUSI PLATFORM DIGITAL, SUPP CAPAI OBJEKTIF WALAU DALAM SITUASI WABAK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Januari 2021 – Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor oleh Profesor Dr Mohtar Ibrahim dilangsungkan secara maya menerusi platform digital rasmi kampus.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim berkata, Syarahan Umum Pelantikan Profesor adalah satu majlis yang cukup besar bagi karier seorang ahli akademik. Ini adalah tanda penghargaan Universiti di atas pengorbanan seorang ahli akademik mencapai tahap yang paling tinggi.

SAVE 20210131 162118

“Syarahan Umum adalah satu majlis yang paling berprestij dan acara kemuncak bagi seorang Profesor, namun segalanya berubah apabila wabak COVID-19 melanda di mana kita tidak dapat melaksanakannya sebagaimana tradisi di Kampus Kesihatan, akan tetapi kita tetap perlu mengadakan majlis syarahan tersebut dengan mengambil semangat sebelum ini bagi merealisasikan penghargaan serta konteks perkongsian ilmu seorang Profesor.

“Dengan wabak COVID-19 yang masih menghantui semua orang pada masa ini, kita terpaksa akur kekangan yang dihadapi dan setelah memikirkan pelbagai kaedah, dengan nasihat Pengurusan Tertinggi Universiti di samping menyemak Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengurusan kampus bersetuju majlis ini diadakan secara maya,” ujarnya.

Tambah Sukari, kalau sebelum ini kita pernah adakan pelbagai ceramah menerusi ‘webinar’ dalam skala yang kecil, hari ini jawatankuasa mencabar diri mengadakan majlis yang lebih besar dan saya sangat-sangat hargai kesungguhan jawatankuasa penganjur dalam memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Sukari juga turut membayangkan majlis ini menjadi penanda aras kepada persediaan Universiti amnya dan Kampus Kesihatan khasnya dalam mengadakan majlis yang berskala besar dalam norma baharu seperti konvokesyen.

SAVE 20210131 151337

Sementara itu, Pengerusi Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail meluahkan kesyukuran di atas perjalanan majlis yang cukup lancar.

“Terima kasih kepada seluruh warga kerja di belakang tabir yang telah bersungguh-sungguh memastikan Majlis Syarahan Umum dalam norma baharu ini mencapai objektif serta sangat berjaya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

SAVE 20210131 151313

“Walaupun hanya melalui platform digital, ianya memberi impak yang positif kerana lebih ramai masyarakat luar dapat mengikuti siaran tersebut dan mendapat manfaat daripada syarahan yang disampaikan oleh Profesor Mohtar hari ini,” jelasnya.

Untuk rekod, Majlis yang disiarkan menerusi pautan FB USM Kampus Kesihatan dan Youtube USM Kesihatan mendapat sambutan apabila ianya telah ditonton oleh 2,000 orang ‘viewers’ dan yang lebih istimewa majlis tersebut turut ditonton oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc. menerusi FB USM Kampus Kesihatan.

 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 02 Mac 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.