PROGRAM PEMENTORAN MAMPU TINGKATKAN KECEMERLANGAN STAF DAN JABATAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Februari 2021 - Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan Program Pementoran Perpustakaan khusus untuk mempertingkatkan kecemerlangan staf dan jabatan.

Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Hamdan Tahir, Radia Banu Jan Mohamad berkata, pementoran adalah program latihan dalam perkhidmatan yang berkonsepkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (tacit knowledge) antara pekerja lama dengan pekerja baharu. 

00c2580f 4243 48ab a8c5 026471c2c1c5

"Dalam konteks pengurusan sumber manusia, proses penyesuaian dan adaptasi perlu dilalui staf baharu, membolehkan mereka mempunyai peluang suai kenal kepada budaya kerja selain amalan terbaik yang diamalkan dalam organisasi.

"Program pementoran dilihat mampu memberi kesan yang lebih efektif untuk berdepan dengan cabaran semasa seperti perubahan tugas, struktur, matlamat dan objektif jabatan," katanya menerusi program yang disiarkan secara maya dalam usaha mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membudayakan norma baharu.

297c9a8c 972d 40c8 9131 05d6c5f39d17

Menurut Radia, selain membantu meningkatkan ilmu pengetahuan staf melalui aktiviti pemindahan ilmu, program pementoran ini juga mampu memastikan kesinambungan dan kelestarian budaya kerja, pengurusan dan pentadbiran organisasi kepada staf generasi baharu. 

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial melalui bimbingan serta latihan yang dilaksanakan.

“Dari segi pengurusan pengetahuan, kita cuba memastikan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh staf lama dikekalkan. Pengetahuan tersebut akan menjadi pengetahuan organisasi yang mana akan didokumentasikan sebagai bahan rujukan untuk kegunaan jangka masa panjang dan perkara ini boleh ditambah baik setiap masa,” ujarnya lagi.

b212b86c bb6b 4eb8 98c9 c76262b5b096

Program yang bermula pada hari ini iaitu 7 sehingga 16 Februari 2021 itu melibatkan enam (6) orang mentor dan 12 orang menti.

Pelancaran Program Pementoran Perpustakaan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim juga secara maya menerusi aplikasi Webex.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 02 Mac 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.