VAKSIN COVID 19 ADALAH KEPERLUAN UNTUK FRONTLINERS: CHENG YONG


USM, KUBANG KERIAN, 4 Mac 2021 – “Adalah menjadi satu keperluan kepada semua petugas barisan hadapan (frontliners) mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri sendiri dan masyarakat sekeliling terutamanya ketika menjalankan tugas,” demikian kata Pegawai Sains, Ang Cheng Yong.

Cheng Yong, 58, yang bertugas di Makmal Hematologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) berasa sangat gembira kerana terpilih untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dan menyifatkan perkara itu sebagai kewajiban bagi dirinya yang juga penghidap penyakit kanser serta darah tinggi.

ce2bc11f 471f 453a a480 325f692d011b

“Walaupun saya tidak bertugas secara terus atau bersemuka dengan pesakit, namun bertanggungjawab menguruskan sampel pesakit yang dihantar ke makmal dan hal ini menyebabkan saya memilih untuk divaksinasi.

“Saya langsung tidak merasa sakit ketika disuntik vaksin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini serta proses yang perlu dilalui juga mengambil masa yang singkat.” ujarnya.

Menurut Cheng Yong, beliau sangat berpuas hati dengan proses suntikan yang dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital USM kerana mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau turut menasihati semua rakyat Malaysia agar menggunakan peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan secara percuma oleh kerajaan dengan sebaik mungkin demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat sekeliling supaya suatu hari nanti kita dapat menikmati kebebasan seperti dahulu.

Sementara itu, Pembantu Perawatan Kesihatan, Ibrahim Mat Nor, 57, yang ditemui meluahkan rasa syukur dan bangga kerana diberi peluang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada peringkat awal.

Beliau yang bertugas di Jabatan Radiologi, Hospital USM memilih untuk divaksinasi kerana tugas beliau berhadapan dengan pesakit secara terus setiap hari.

e4dd199e 0b5a 4402 9a36 1b6602954b87

“Setiap hari saya melihat keperitan pesakit yang dijangkiti COVID-19 menanggung kesakitan akibat virus yang menjangkiti mereka, jadi amat wajar sebagai rakyat Malaysia, tidak kira barisan hadapan atau tidak untuk menerima suntikan vaksin supaya ia dapat membantu memutuskan rantaian wabak ini daripada terus merebak,” katanya.

Ibrahim turut menyeru masyarakat yang masih ragu-ragu dengan suntikan vaksin COVID-19 agar mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang tepat atau bertanyakan pengalaman mereka yang telah menerima vaksin untuk mendapatkan kepastian.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

 

icon hebahanemail

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 14 April 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.