ReSUS USM PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN ADVANCE LIFE SUPPORT


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Mac 2021 - Sejak tertubuhnya Perubatan Kecemasan di Malaysia, penggunaan kaedah 'simulation based medical education' dalam proses pembelajaran telah digunakan. Kaedah simulasi sama ada penggunaan 'task trainers', 'standardize patients' mahupun 'manikin' adalah penting dalam pengurusan keselamatan pesakit.

Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menaiktaraf satelit 'Advance Life Support' (ALS) di bawah Pusat Simulasi Klinikal iaitu 'Resuscitation Simulation Suite' (ReSUS) bertempat di Jabatan Perubatan Kecemasan yang menelan belanja hampir RM800,000.

77b9b6e7 1681 4bf6 9a92 c8616440a70e

Menurut Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Profesor Madya Dr. Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman, pengubahsuaian ReSUS meliputi 'high-fidelity manikin', 'AV debriefing system', 'CAE learning space', ruang serta bilik kawalan simulasi selain menaik taraf perisian simulator 'manikin' ALS yang sedia ada.

"Dengan adanya perkhidmatan ReSUS ini, Jabatan Kecemasan dapat menawarkan pelbagai modul latihan seperti 'Basic Life Support', 'Advanced Cardiac Life Support', 'Basic And Advanced Trauma Life Support' dan buat masa ini terdapat 15 orang jurulatih yang terdiri daripada pakar kecemasan dan dua (2) orang Juruteknologi Simulasi yang dilatih khusus untuk mengendalikan sistem CAE Learning space.

aa44f7d9 ff62 4138 b8f2 5bb64640c1e9

"Selain daripada pelajar perubatan pra siswazah dan pasca siswazah, paramedik Hospital USM juga mendapat manfaat dengan adanya ReSUS kerana tidak perlu lagi ke agensi luar untuk mendapatkan latihan serta pengiktirafan latihan-latihan yang diperlukan", ujar beliau semasa sesi taklimat sempena Majlis Pelancaran Perkhidmatan ReSUS, hari ini.

Tambah Hairulnizam, Jabatan Kecemasan turut membuka peluang kepada kakitangan kesihatan agensi luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital swasta, pusat perubatan swasta termasuk paramedik dari syarikat carigali minyak serta industri lain untuk mengikuti latihan secara tetap dan berkala.

f5c6c041 bf45 4158 abb9 5d1af9b477d2

Majlis Pelancaran Perkhidmatan ReSUS disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato' Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai utama universiti.

SAVE 20210322 221136

SAVE 20210322 221151

Sebagai rekod, Pusat Integrasi Simulasi Klinikal atau lebih dikenali sebagai 'Integrated Clinical Simulation Centre' (i-CSC) telah dirasmikan pada 20 Ogos 2019 dengan memperkenalkan tujuh (7) satelit simulasi baharu termasuk ALS.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

doctor di radio

infomedic usmkk

 

icon hebahanemail

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 14 April 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.