AUTOMASI PROSES KERJA TINGKAT KECEKAPAN OPERASI


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Mac 2021- Ketidaktentuan ekonomi yang didorong oleh sentimen kewangan global, impak pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan dilihat mengambil langkah berhati-hati supaya sumber peruntukan sedia ada dibelanjakan mengikut keperluan utama.

Menurut Pendaftar USM, Dr. Haji Musa Ali, bagi memastikan pengurusan emolumen yang lebih efisien serta dalam masa yang sama tidak berkompromi dengan kualiti perkhidmatan, Pegawai Tadbir Universiti (PTU) Universiti Sains Malaysia (USM) dituntut menggiatkan usaha untuk menguasai teknologi dan aplikasi automasi proses kerja.

d7b4ab6e 523f 45ae 84ad f1f9eebcc276

“Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, PTU perlu giat menyemak proses-proses kerja rutin dan memindahkannya ke dalam bentuk sistem atau perisian elektronik.

"Langkah tersebut mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja secara berperingkat, penjimatan kos khususnya penyediaan ruang, kemudahan, fasiliti dan alatan serta perolehan barang pakai habis akan dapat dinikmati”, katanya dalam pertemuan singkat bersama PTU Kampus Kesihatan, di sini.

2f26c6af 16da 4bef a477 39d9f732d90a

Tambah Musa, pengurusan data amat mustahak dalam era baharu pentadbiran universiti.

"Kepantasan perkongsian data, ketepatan serta kebolehan data disimpan dan dikeluarkan untuk diguna semula dalam pelbagai platform merupakan suatu keperluan buat masa kini.

"Pengurusan universiti bersedia membantu pusat tanggungjawab (PTJ) yang mengalami kesukaran untuk membangunkan sistem dengan menawarkan peruntukan khusus lantikan staf kontrak dalam tempoh tertentu mengikut keperluan serta keupayaan kewangan semasa," jelas Musa lagi.

Teks / Foto: Amyrulhan Azhari

doctor di radio

infomedic usmkk

 

icon hebahanemail

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 14 April 2021.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.