'BORNEO NIGHT' SAJI KEINDAHAN BUDAYA MASYARAKAT BORNEO

IMG 4003

USM, KUBANG KERIAN, 9 Disember 2016 - Buat kesekian kalinya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM)  yang berasal dari Borneo bergabung tenaga dalam menjayakan  Malam Kebudayaan Borneo di sini.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, penganjuran program-program sebegini membuktikan para mahasiswa bukan sahaja cemerlang dari segi akademik bahkan kokurikulum dan ini  bakal menjadi pengalaman berharga dan kenangan yang indah kepada mereka kelak.

IMG 3958

"Malam Kebudayaan Borneo ini akan menjadi platform unggul dalam membentuk sahsiah dan kemahiran insaniah mahasiswa terutama dalam bidang kepimpinan bagi menjayakan program serta mengetuai organisasi seterusnya melahirkan golongan mahasiswa holistik bukan sahaja intelek tetapi juga pelbagai aspek lainnya," kata beliau.

Presiden Malam Kebudayaan Borneo, Bebiyana Bidin berkata kami yang berasal dari Borneo merupakan duta kecil di USM dan menjadi tanggungjawab kami untuk menunjukkan serta berkongsi  kebudayaan dan cara hidup masyarakat Borneo kepada rakan-rakan di semenanjung.

IMG 4043

"Bertemakan “Our Pledged Motherland” yang bermaksud “Tanah yang kami janjikan” dilihat amat bersesuaian dengan konsep teater musikal dalam mempersembahkan keindahan budaya Borneo dan penonton yang hadir dapat melihat sendiri dekorasi dewan yang berunsurkan Borneo serta merasai suasana kehidupan kontemporari mahupun tradisional Borneo.

"Apa yang kami harapkan rakan-rakan di Semenanjung dapat memahami sejarah dan keunikan masyarakat Bumiputera Borneo melalui persembahan menarik seperti tarian Ngajat, tarian Sumazau serta nyanyian lagu-lagu Sabah dan Sarawak dan semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim," kata Bebiyana.

IMG 4057

Dewan utama dipenuhi oleh 500 penonton bukan sahaja warga Kampus Kesihatan serta turut mendapat sokongan daripada mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara Cawangan kelantan (Uitm) serta Universiti Malaysia Terengganu ( UMT).

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Yaacob

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.