AMeLS ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA JUBLI PERAK

13b3fe9b ce3b 4770 876c 3de5d93a7c5d

KOTA BHARU, 6 November - Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMeLS) telah berjaya menganjurkan Majlis makan malam sempena Sambutan Jubli Perak AMeLs pada Jumaat, 4 November 2016 yang lalu.

bb436610 b56d 4569 bddc d22b44fe2e38

Program ini dirasmikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor madya Pim Chau Dam mewakili Penaung AMeLS, Pengarah Kampus Kesihatan Profeser Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed.

Menurutnya, AMeLS telah membuktikan sumbangannya di dalam memperjuangkan profesion yang berkaitan bidang makmal, klinikal dan penyelidikan sejajar dengan kemajuan sains bagi meninggikan taraf kesihatan masyarakat.

03a3f2fd fd62 48bf 9893 2848de30307d

“Persatuan ini pada mulanya bertapak di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Alamat persatuan pada masa itu adalah di AMeLS USM, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM 11800 Minden, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, ekoran daripada pemindahan Pusat Pengajian Sains Perubatan ke kampus barunya di Kubang Kerian, maka pada tarikh 14 Disember 1993, persatuan ini dengan rasminya telah bertukar alamat ke AMeLS USM, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia 161500 Kubang Kerian, Kelantan, dan kekal sehingga sekarang,” katanya.

“Persatuan ini didokong sepenuhnya oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Sains dan juga Pegawai Sains di Universiti Sains Malaysia. Keahlian juga terdiri daripada ahli-ahli bersekutu yang terdiri daripada kakitangan USM yang lain yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dalam pelbagai bidang,” ujarnya lagi.

Turut dijemput untuk menyampaikan ucapan pada program ini iaitu Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Profesor Madya Dr. Mohamed Saat Ismail yang juga Pengerusi koperasi warga USM Kelantan Berhad.01a12dc5 6df4 4c93 a733 9061592edb46

“Setelah 25 tahun menabur bakti, kini sudah tiba masanya persatuan dan ahli-ahlinya dirai. Berbagai cabaran, suka duka dan ranjau yang telah dilalui demi untuk membantu meningkatkan tahap kecekapan ahli, mewujudkan perpaduan, persefahaman dan kerjasama, menyediakan kemudahan dan bantuan berkaitan profesion,mengembangkan pengetahuan teknikal dan saintifik serta lain-lain perkara umum yang mempunyai kepentingan dengan profesion,” jelasnya.

Sambutan Jubli Perak AMeLS dengan tema “Kecemerlangan Teknologi, Bersatu Hati Memancu Aspirasi” adalah program yang  diadakan sebagai menghargai jasa-jasa semua ahli dan individu yang terlibat dengan AMeLS, objektifnya menghargai jasa dan pengorbanan Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Sains, Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik serta semua staf yang berkaitan makmal dan perkhidmatan sains perubatan yang berkaitan.

 “Majlis ini turut meraikan mantan-mantan presiden AMeLS, dan beberapa orang tetamu kehormat yang juga ahli AMeLS yang pada asalnya memulakan perkhidmatan di USM dengan jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Penolong Pegawai Perubatan. Mereka kemudiannya mengorak langkah dan terus memajukan diri serta mengharumkan nama Universiti dengan pencapaian dan kemajuan-kemajuan di dalam kerjaya mereka,” katanya

Teks / Foto : Abdul Aziz Latif

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.