"CETUSAN LAKTASI” - KEBAIKAN DAN PERSEDIAAN MENURUT PAKAR

untitledghvgh

KUBANG KERIAN, 3 November 2016 - Cetusan laktasi merujuk kepada wanita yang tidak pernah mengandung dan melahirkan bayi, akan tetapi mereka melalui satu proses untuk mengupayakan diri mereka bagi menghasilkan susu dan boleh menyusukan bayi.               

Biasanya wanita yang mengambil anak angkat melakukannya supaya mereka boleh menyusukan bayi tersebut dan menjadi ibu susuan kepadanya.

Menurut Pensyarah Kanan dan Perunding Laktasi, Unit Perkembangan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman, terdapat banyak kebaikan dan kelebihan bagi yang menjalani cetusan laktasi ini.

“Kebaikan untuk bayi yang berusia enam bulan pertama ialah mereka hanya memerlukan susu ibu sebagai sumber tenaga yang memberi perlindungan kepada mereka kerana susu ibu merupakan nutrisi terbaik untuk bayi,” katanya dalam temubual bersama stesen radio tempatan di sini pagi tadi.

Tambah Zaharah, kebolehan untuk menyusukan anak angkat memberi satu kepuasan buat wanita yang dapat menghasilkan susu walaupun tidak boleh mengandung dan seterusnya mendapat status mahram dengan bayi susuan yang memudahkan penjagaan aurat dalam keluarga tersebut.

"Selain itu, wanita dan pasangannya yang ingin membuat penyusuan anak angkat ini mestilah bersedia di samping mendapat maklumat yang betul mengenai keseluruhan proses ini iaitu yang pertama, menghadiri sesi kaunseling bersama suami dan memahami keperluan serta persediaan terutama dari segi mental, fizikal, emosi, kewangan dan mendapatkan cuti bagi yang bekerja," jelas lanjutnya.

Zaharah turut berkongsi beberapa tips untuk menjayakan penyusuan anak angkat setelah beliau menerangkan beberapa cabaran proses cetusan laktasi antaranya adalah berkaitan pengurusan masa yang baik supaya dapat melakukan rangsangan penyusuan dengan sistematik dan mendapatkan sokongan daripada keluarga terdekat serta majikan dan rakan sekerja.

Teks dan Foto: Shazleen Hashim

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.