“SAKIT BERSALIN HARUS DIKURANGKAN”

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Ogos 2016 – Perkembangan teknologi dalam bidang perubatan boleh meredakan kesakitan. Lebih – lebih lagi kesakitan semasa proses bersalin pastinya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Masyarakat perlu diberikan pendedahan mengenai cara-cara yang boleh melegakan kesakitan ketika bersalin. Tahap kesakitan berbeza bagi setiap wanita yang mengalami proses bersalin. Kesakitan ini terhasil daripada kontraksi rahim.

“Dengan mempelajari banyak cara untuk meredakan kesakitan seperti Self-Help, menggunakan gas dan udara (Entonox) dan suntikan, ia mampu untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin “ kata Pensyarah Perubatan, Jabatan Obtstetrik & Gynekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Dr Nik Rafiza Nik Muhamad Afendi ketika ditemubual di Hospital Universiti Sains Malaysia pada hari ini.

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa.

“Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah bagi mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

Antaranya kaedah yang boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa bersalin ialah dengan suntikan ubat pethidine atau morphine. Pethidine dan morphine adalah dari kumpulan ubat opiod. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu nalaxone sejurus selepas dilahirkan..

“Sedutan gas Entonox (Campuran Gas Oksigen & Nitrus Oksida) memberi kesan yang sama, dalam mengurangkan kesakitan semasa bersalin.Ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

Antara kaedah lain yang boleh membantu kesakitan semasa proses bersalin ialah teknik pernafasan, suntikan epidural dan teknik bersalin di dalam air.
Suami boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kesakitan semasa bersalin dengan memberi sokongan emosi kepada isteri. Semua suami digalakkan untuk menemani isteri semasa di bilik bersalin bagi memberi sokongan emosi kepada mereka.

Dr Nik Rafiza menasihatkan orang ramai khususnya para ibu yang akan bersalin supaya merujuk kepada pegawai perubatan bagi mendapatkan keterangan selanjutnya mengenai pilihan dalam mengurangkan stress dan kesakitan ketika proses bersalin.

Mengikut Dr Nik Rafiza, cara- cara untuk mengurangkan kesakitan semasa kelahiran juga diterangkan di dalam kelas-kelas antenatal yang dianjurkan di HUSM di bawah kerjasama Jabatan Obstetrik & Ginekologi dengan Unit Laktasi HUSM. Ibu mengandung dan pasangan digalakkan untuk mengikuti kelas-kelas antenatal sebagai persediaan untuk melalui kehamilan dan proses kelahiran. Ia merangkumi penjagaan bayi selepas kelahiran.

Teks/Foto : Eddy Masry Mohamed

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.