“NATURAL PRODUCT EXTRACTION” KETENGAHKAN KEPAKARAN USM

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar pengekstrakkan bahan-bahan semula jadi untuk mendidik peserta menggunakan prosedur yang ada sebelum diaplikasi di dalam amalan perubatan yang disertai oleh 60 orang pelajar siswazah, penyelidik, pensyarah, juruteknologi makmal dan juga pegawai sains termasuk dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).

Menurut Pensyarah Kanan PPSK, Dr. Wan Amir Nizam Wan Ahmad, setiap ekstrak yang ingin dihasilkan perlu melalui pelbagai proses sebelum boleh diguna pakai.

“Apa yang ingin kita sampaikan sebenarnya ialah untuk para peserta faham bahawa bukan mudah untuk sesuatu herba atau bahan semulajadi digunakan sebagai bahan rawatan kerana perlu melalui banyak proses uji kaji klinikal terlebih dahulu ke atas haiwan sebelum diaplikasikan kepada manusia”, katanya.

Pensyarah PPSK Profesor Madya Dr. Hasmah Abdullah pula menjelaskan ekstrak merupakan pati bahan semula jadi yang boleh memberi manfaat dari segi perubatan untuk masyarakat.

“Walau bagaimana pun, uji kaji saintifik haruslah dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kandungan yang terdapat dalam sesuatu ekstrak.

"Dalam proses penemuan ubat berasaskan tumbuhan semulajadi, selain daripada proses yang pelbagai, tempoh pelaksanaannya juga dikatakan mengambil masa yang panjang iaitu bermula dengan pengekstrakkan awal sesuatu bahan semula jadi bagi mendapatkan pati utama sehingga menjadi produk akhir,"jelasnya lagi.

Para peserta didedahkan debgan latar belakang, cara- cara pengekstrakkan, teknik – teknik dan lain-lain yang berkait dengan proses pengekstrakkan bahan semula jadi termasuk teknik- teknik tradisional dan moden dalam proses pengekstrakkan di samping sesi “hands on” melalui demonstrasi cara-cara untuk mengendalikan instrumen- instrumen dalam sesuatu penghasilan ekstrak semula jadi.

Teks : Nazirah Mahmud & Siti Nur Syamimi Suhaimi (Pelajar Internship USM) / Foto : Abdul Aziz Latif.

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.