322 CALON SARJANA MUDA PERGIGIAN USM HADIRI TEMUDUGA

IMG 0066

KUBANG KERIAN, 11 Mei 2016 -  Seramai 322 orang bakal calon pelajar Sarjana Muda Pergigian menghadiri sesi temuduga hari ini bagi pengambilan pelajar baharu Sidang Akademik 2016/2017 di Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari dari seluruh negara.

Hamssavani A/P Selvaraj, 19, pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak berasa bertuah kerana terpilih menghadiri temuduga tersebut.

“Sejak awal lagi saya berhasrat untuk menjadi pelajar USM kerana kagum dengan pencapaian USM yang telah mendapat pengiktirafan Universiti APEX dengan pencapaian yang membanggakan,” katanya.

PPSG turut mengadakan Hari Terbuka dengan pelbagai gerai jualan bagi memberi kemudahan kepada keluarga bakal pelajar USM, staf dan orang awam.

 

doctor di radio

infomedic usmkk

SIPC

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 25 Oktober 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.